November 22, 2024

Search
Close this search box.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ) telah menjalankan program yang dinamakan “Sayangi Insan” iaitu aktiviti memeriahkan suasana sahur bersama-sama warga gelandangan.

Program ini merupakan salah satu program yang telah disusun oleh JKM sempena Program Barakah Ramadan 2022 yang bertujuan untuk sama-sama mendekati dengan menunjukkan sifat ihsan dan kasih kepada insan kurang bernasib baik di bulan Ramadan ini.

Penghuni Pusat Transit turun mengambil makanan untuk bersahir
Pelajar KSJ turut bersahur bersama-sama

Pertemuan pertama yang diketuai oleh Presiden JKM, Saudari Nur Dayana telah dijalankan pada 10 April 2022 turut disertai oleh 15 orang pelajar telah bertolak dari Kolej Siswa Jaya (KSJ) dengan 2 van dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) ke Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang pada pukul 2.30pagi.

Sebanyak 45 bungkus makanan termasuk juga pakaian terpakai untuk diberikan kepada penghuni.  Pada pukul 4pagi, penginap telah dipanggil oleh pengurus pusat transit untuk bersahur bersama-sama dengan pelajar kolej yang hadir.

Penghuni memilih pakaian yang dibawa
Pakaian disimpan kemas dalam bungkusan yang dilabel dengan saiz
Pelajar bergambar sebelum pulang ke KSJ

Pengurus Pusat Transit juga turut memaklumkan 45 orang yang menginap di transit ini terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

Mereka juga turut mengalu-alukan sebarang sumbangan dari segi makanan, pakaian dan juga kewangan.

Sesi kedua bagi Program Sayangi Insan ini akan dijalankan pada 21 April 2022 dengan kerjasama dari Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba) Universiti Malaya.

Explore More