November 24, 2024

Search
Close this search box.

Ihya’Ramadan – UTM Santuni Penghuni Rumah Perlindungan Fitrah Kasih 

rpt

JOHOR BAHRU, 24 Apr. –  Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, UTM melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) meneruskan tradisi di bulan Ramadan untuk menyantuni komuniti di sekitarnya.

CCIN tahun ini meneruskan lagi dengan menyantuni penghuni rumah perlindungan Fitrah Kasih bertempat di Larkin, Johor Bahru.

Melalui program ini, CCIN mewakili UTM menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan sebahagian keperluan barangan sebagaimana yang diperlukan oleh penghuni rumah perlindungan Fitrah Kasih ini.

Program ini telah berjaya dilaksanakan dalam fasa negara menuju fasa endemik Covid -19 dengan mematuhi SOP semasa.

Program tahun ini dijalankan selari dengan sambutan 50 tahun UTM dan bertujuan untuk memeriahkan lagi ramadan tahun ini selaras dengan hasrat Universiti untuk kekal prihatin kepada komuniti sekitarnya.

Diharapkan sumbangan kepada para penghuni rumah perlindungan Fitrah Kasih ini dapat sedikit sebanyak menceriakan lagi sambutan Ramadan mereka setelah dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara.

Penyampaian sumbangan telah dilakukan oleh Puan Marina Bte Zainal, Pembantu Tadbir Kanan, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri, UTM bersama para staf CCIN yang lain.

Sesi gambar berkumpulan antara pihak UTM dan penghuni rumah perlindungan Fitrah Kasih

Explore More