November 5, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 29 Julai – Sebanyak 2,000 pek daging korbang telah diagihkan kepada warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur di bawah Program Kembara Korban 2021.

Program yang diusahakan secara kolaborasi antara Unit Endowmen, UTM dan juga Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) ini adalah permulaan kepada kerjasama strategik antara kedua belah pihak yang bakal diperluaskan pada masa hadapan.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata kolaborasi ini amat unik kerana kedua belah pihak sedang berusaha untuk menjalin kerjasama yang lebih berimpak pada masa akan datang.

“Saya telah dimaklumkan bahawa terdapat usaha dari kedua-dua belah pihak untuk merangka Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal memberikan laluan kedua belah pihak untuk melaksanakan kerjasama strategik khususnya dalam program membantu masyarakat kurang berkemampuan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ucapan perasmian bagi pelancaran Majlis Kembara Korban 2021 di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. 

Turut hadir adalah Pengerusi YBIM, Dato’ Sr. Haji Rosli Atan, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Hamdan Hj Ahmad, Pengerusi Bahagian Pemajuan UTM, Prof. Dr. Mohd Zaki Kamsah dan Pengarah Endowmen, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Boon.

Prof. Fauzi juga turut mengucapkan tahniah kepada Unit Endowmen UTM yang telah berjaya mengusahakan kerjasama strategik ini.

“Saya bagi pihak UTM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBIM kerana sudi bekerjasama dengan kami dalam mengagihkan 2,000 pek daging korban kepada kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

“Sebanyak 1,000 pek daging korban yang telah diterima oleh kampus Johor Bahru ini akan kami agihkan kepada kakitangan, pelajar serta komuniti sekitar kampus ini,” katanya lagi.

Prof. Fauzi kemdiannya mengetuai para pegawai kanan universiti mengagihkan pek daging korban kepada warga pelajar dan kakitangan secara kaedah Pandu – Lalu (Drive-Through) di kawasan foyer itu.

Dari kiri, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Hamdan Hj Ahmad, Pengerusi YBIM, Dato’ Sr. Hj. Rosli Atan dan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail bergambar kenangan di Foyer UTM Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, kampus Johor Bahru sejurus sebelum program pelancaran Program Kembara Korban 2021 kerjasama UTM-YBIM.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail mengagihkan pek daging korbang kepada staf UTM menerusi kaedah pandu lalu (drive-through) di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.
Para Sukarelawan terdiri dari kakitangan UTM dan YBIM membantu membuka kotak dan mengeluarkan pek daging korban untuk diagihkan kepada warga UTM Johor Bahru dan komuniti sekitarnya.

Explore More