November 28, 2024

Search
Close this search box.

Program ‘K9&K10 Online Business’ Bantu Promosi Perniagaan Pelajar

Bermula 24 Mei 2021 hingga 22 Jun 2021 lalu sebuah program dipanggil ‘K9&K10 Online Business’ telah dijalankan. Program yang dianjurkan oleh JKM kolej 9&10 berdasarkan tujuan untuk membantu pelajar kolej yang mempunyai perniagaan sendiri, menjadi ejen atau dropship bagi mempromosi barangan mereka melalui platform instagram dan telegram. Produk yang hendak dijual pula mestilah sesuatu yang memberi manfaat kepada pelanggan. Hal ini adalah untuk meningkatkan pendapatan mereka sekaligus menambah pendapatan kolej.

Selari dengan objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i dan semua orang yang mempunyai perniagaan untuk menceburi dan menimba pengetahuan dalam bidang keusahawanan. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara antara satu sama lain dengan cara bertegur sapa antara satu sama lain dan melahirkan mahasiswa/i yang bijak dalam menguruskan perniagaan. Program ini juga membantu mereka untuk menjana pendapatan sampingan.

Untuk makluman, K9&K10 Online Business juga menjalankan program dibawah FUNFEST’20. Namun demikian nama program kami dibawah FUNFEST’20 ialah Virtual Market yang dijalankan pada 17 Jun sehingga 19 Jun 2021.

Setiap peserta perlu membuat laporan kewangan dan menghantarkannya kepada bendahari program pada 20 June. Hal ini adalah untuk pengiraan keuntungan yang dibuat oleh setiap peserta. Pengumuman pemenang telah dilakukan semasa majlis penutup iaitu pada 22 June 2021. Pemenang dipilih berpandukan kepada keuntungan yang diperoleh oleh penjual.

Tempat pertama hingga kelima dimenangi oleh; Nur Izz Dalilah binti Muhammad dari Heejab.My., Siti Saidatul Asma binti Zulkafli dari Dhiacotton.wardrobe, Nizatul Shima binti Zaharudin dari Chocotum tss, Muhammad Ezham bin Saifuddin dari Photobookbyme_ dan Siti Sarah binti Hussain dari Syahrahh. Pemenang anugerah misteri turut dimenangi oleh pemenang tempat pertama iaitu Nur Izz Dalilah binti Muhammad dari Heejab.My.

Pemenang dipilih berpandukan kepada keuntungan yang diperoleh oleh penjual. Tempat pertama hingga kelima dimenangi oleh; Nur Izz Dalilah binti Muhammad dari Heejab.My.

Beliau sebagai salah seorang wakil dari peserta K9&10 Online Business iaitu Cik Nur Izz Dalilah binti Muhammad dari Heejab.My juga telah memberi feedback berkenaan dengan program K9&10 Online Business. Beliau berkata bahawa beliau sangat teruja kerana menjadi juara dan meraih jualan tertinggi dalam program ini. Dia mengucapkan terima kasih kerana mewujudkan program ini dan mempromosikan setiap produk yang dijual oleh peserta. Dia berpendapat bahawa program seperti online business kolej 9&10 sangat bagus kerana dapat mengembangkan lagi bakat keusahawanan yang terdapat dalam diri setiap pelajar di samping dapat mempromosikan produk-produk bisnes kecil.Akhir sekali, dia juga berharap agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang dan dia akan sentiasa memberikan sokongan penuh dari segi penyertaan dalam program-program seperti ini.

Explore More