November 26, 2024

Search
Close this search box.
A picture containing text, electronics, monitor, screenshot Description automatically generated

JKM Kolej 9 & 10 Merungkai Soal Ibadah Dalam Norma Baharu

Jawatankuasa Kolej 9 & 10 telah menganjurkan sebuah program yang dipanggil Program Konvensyen Ad-din, iaitu sebuah forum forum yang bertemakan “Norma baharu dalam ibadah”.

Program ini telah berlangsung selama 2 jam pada 11 Mac 2021 di bawah anjuran Biro Kerohanian Jawatanuasa Kolej Mahasiswa Kolej 9&10.

Disertai oleh 344 orang yang berlainan agama melalui platform Webex dan Facebook Live Kolej 9&10, program Konvensyen Ad-din ini telah berjaya mencapai matlamat utama program iaitu untuk memberikan kesedaran kepada mahasiswa tentang perubahan ibadah yang berlaku semasa norma baharu serta menyelesaikan masalah tentang kekeliruan berkaitan norma baharu dalam ibadah tidak mengira kaum.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan dan kewajipan beribadah walaupun dalam keadaan norma baharu ini.

Perkongsian pengalaman dan pendapat dari panel jemputan Tpr. Dr. Gobi Krishna A/L Sinniah dan Dr. Ustaz Wan Hassan Bin Wan Embong amat jelas dalam membantu dan mengubah mentaliti pelajar dan masyarakat terhadap norma baharu.

A picture containing text, electronics, monitor, screenshot

Description automatically generated

“Melalui penganjuran program Ad-Din ini, saya berharap orang ramai terutamanya dalam kalangan warga UTM akan lebih memahami tentang betapa pentinganya mengamalkan SOP atau (Standard Operation Procedure) dalam melakukan ibadah. Dan saya juga berharap melalui pendedaham kocvemsyen ini juga dapat membuka minda kepada semua orang akan bahayanya virus Covid-19 kepada semua orang.” berikut merupakan harapan Prof Madya Ts. Dr. Abdul Rahman bin Tamuri selaku pengetua Kolej 9&10.

Menurut pandangan Dr. Gobi, tiada berita spesifik tentang penularan kes covid di rumah ibadah setelah perkenalan langkah dan inisiatif dalam suasana norma baharu dengan cara ibadah dan cara hidup yang berlainan. Para penganut agama memahami dengan lebih lanjut tentang kepentingan SOP dalam menjalani ibadah sewaktu pandemik Covid-19.

Kita sebagai penganut agama tidak kira agama islam mahupun agama Hindu ataupun sebarang agama lain sekalipun, tidak kira apa jua kekurangan yang kita hadapi, kita haruslah sentiasa melaksanakan ibadah kerana ia merupakan satu kewajipan untuk kita semua.

Dalam sesi soal dan jawab bersama pelajar, pelajar banyak bertanyakan soalan yang berkaitan keagamaan yang menjadi kekeliruan kebanyakkan masyarakat. Namun demikian, soalan itu telah berjaya dijawab oleh panel-panel jemputan kita dengan tepat dan jelas tanpa sebarang kekeliruan.

Antara soalan yang ditanyakan adalah seperti berikut:

Text, letter

Description automatically generated Graphical user interface, text, application, chat or text message

Description automatically generated

Menurut Dr. Ustaz Wan Hassan selaku panel jemputan telah berhujah “Jika kita yakin dengan Tuhan, maka kita akan dibalas dengan yang baik”. Kata-kata ini sedikit demi sedikit telah menyedarkan kami tentang kewajipan beribadah walaupun semasa norma baharu ini.

Shahren Natasha selaku pengarah program Konvensyen Ad-din berkata “Saya berharap program ini dapat memberi manfaat kepada semua dan meningkatkan ilmu pengetahuan peserta tentang ibadah yang ditunaikan oleh masyarakat di negara kita. Saya juga berharap masyarakat dapat teruskan menunaikan ibadah walaupun dalam norma baharu ini.” sebagai ucapan penutup Program Konvensyen Ad-din.

Explore More