November 26, 2024

Search
Close this search box.

Bengkel Kepimpinan & Tatacara Pengurusan Persatuan/Kelab Pelajar sesi 2020/2021 secara dalam talian

Bengkel Kepimpinan & Tatacara Pengurusan Persatuan/Kelab Pelajar sesi 2020/2021 telah dijalankan pada 5 hingga 6 Disember 2020 secara dalam talian.

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengambil inisiatif untuk mengadakan taklimat secara dalam talian berikutan aktviti pelajar masih lagi dilakukan secara dalam talian.

Slot bersama Prof Madya Dr Azlan bin Abdul Latib - Pengarah Aktiviti & Pembangunan Pelajar
Bersama Pengarah Aktiviti & Pembangunan Pelajar – Prof Madya Dr Azlan bin Abdul Latib

Aktiviti tersebut meliputi 36 Persatuan Pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang, 15 daripadanya Persatuan Pelajar Akademik iaitu Persatuan yang berkaitan dengan aliran akademik masing masing manakala 21 Persatuan bukan akademik pula terdiri dari persatuan-persatuan yang berlatar belakang kan aktiviti luar dari bidang pelajar seperti Persatuan Fotografi, Persatuan Seni Silat Gayung, Kelab Seni Budaya dan lain lain lagi.

Program tersebut telah mendapat kerjasama dari UTM Digital Kuala Lumpur bagi sesi Taklimat ‘Microsoft Team’. Sesi perkongsian daripada En. Sharuddin bin Mat Deli dapat memberi manfaat kepada pelajar yang bakal mengadakan program berimpak dan skala besar secara dalam talian.

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar juga telah memberikan taklimat tentang garis panduan untuk pelajar menjalankan aktiviti  secara dalam talian, selain dari taklimat yang berkaitan dengan aktiviti fizikal pada masa akan datang.

Pada sebelah malam pula, permainan dalam talian diadakan buat semua peserta. Pada tahun sebelum ini, Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Bengkel Kepimpinan & Tatacara Pengurusan Persatuan/Kelab Pelajar secara fizikal di kem sekitar Malaysia.

Tujuan utama bengkel ini diadakan bagi membantu pelajar pelajar UTM agar dapat melahirkan mahasiswa yang berkualiti dari segi peribadi, sahsiah dan berkepimpinan. Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM KL memandang tinggi Persatuan Mahasiswa yang berupaya melahirkan pelajar pelajar yang boleh diketengahkan di peringkat tertinggi.

Bagi peringkat seterusnya, penerangan tentang Anugerah Gemilang Mahasiswa dan Anugerah Tokoh Siswa telah di kendalikan oleh Pegawai Aktiviti Pelajar HEP UTM KL, Puan Eva Sriaza binti Muhamad Ariff.

Sesuai dengan visi Pejabat Hal Ehwal Pelajar, peka kepada perkembangan dan keperluan mahasiswa. Anugerah ini dibawakan khas kepada pelajar yang berpotensi untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Slot dari En Hazly bin Ja’apar — Kebajikan, Permohonan Kenderaan & Ruang

Bengkel dalam talian ini diakhiri dengan sesi pembentangan Takwim Aktiviti Persatuan/Kelab 2021 bagi semua Persatuan/Kelab pelajar.

Pembentangan Takwim tersebut dibahagikan kepada 3 sesi dengan jumlah keseluruhan 36 Persatuan/Kelab pelajar yang telah berdaftar di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Berdasarkan pembentangan takwim tersebut, sesi perbincangan bersama pegawai pegawai HEP telah dilakukan bagi penambah baik pulih program-program yang berimpak pada masa akan datang.

Pegawai-pegawai HEP yang telah dilantik khas sebagai penasihat Kelab/Persatuan Pelajar tersebut turut memberi panduan kepada pelajar agar program yang dijalankan menepati mutu dan kualiti yang telah di tetapkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

slot dari Cik Nazirah binti Mohd Desah — Tatacara Permohonan Penajaan & Pengurusan Kewangan

Sekalung budi buat semua pelajar pelajar yang terlibat sepanjang dua hari Bengkel Kepimpinan & Tatacara Pengurusan Persatuan/Kelab Pelajar sesi 2020/2021 secara dalam talian.

Pihak kami berharap dengan pademik Covid-19 tidak menghalang pelajar menjalankan aktiviti bersama Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Tidak kira dimanapun pelajar berada, kami di Pejabat Hal Ehwal Pelajar sentiasa bersama mereka.

Explore More