November 23, 2024

Search
Close this search box.

Ditulis bersama oleh : Dr. Norhidayah Binti Md.Yunus

Bertitik tolak dari projek kebersihan sungai inisiatif sepenuhnya dari pelajar Kolej Rahman Putra, RIVERDALE 2019, pasukan urus setia melangkah ke hadapan lagi dengan menghasilkan sebuah buku infografik, Puteri.

Buku info grafik ini dihasilkan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak terhadap kebersihan sungai. Ia juga bertujuan untuk membuka minda pelajar dan membentuk semangat kesukarelawanan tentang kepentingan dan teknik pemuliharaan kualiti air khususnya sungai.

Ketua projek yang juga pensyarah kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Dr. Norhidayah Binti Md.Yunus berkata projek tersebut merupakan kolaborasi strategik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Dr. Norhidayah Binti Md.Yunus

Menurut beliau, tujuan buku infografik ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai.

“Projek ini adalah selari dengan inisiatif kejiranan hijau yang sedang diusahakan MBIP untuk mendidik masyarakat ke arah kehidupan yang lebih lestari.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh MBIP termasuklah penglibatan dan pendedahan mengenai masyarakat rendah karbon kepada komuniti,” kata beliau.

Tambah Dr. Norhidayah lagi, bagi projek kali ini fokus adalah kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah bagi memberi kesedaran tentang kebersihan sungai dalam bentuk info grafik.

“Projek buku ini akan dilancarkan pada 2 November 2020 bersempena Program RCE Iskandar Sustainable & Low Carbon Schools Exhibition secara online di Facebook RCE Iskandar.

Buku ini diterbitkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dalam bentuk cetakan dan ebook secara dalam talian,” kata beliau lagi.

Antara isi kandungan Puteri

Dr Norhidayah (kiri) bersama wakil MBIP, En Safwan Bin Shaari (tengah) dan Dr Nina(kanan) semasa sesi penyerahan buku Puteri kepada kanak-kanak di sekitar Rumah Iskandar, Iskandar Malaysia 

Selain Dr Norhidayah, projek ini melibatkan dua orang pensyarah dari FABU, dua orang pensyarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, dua orang pelajar FABU dan tiga orang pegawai di Jabatan Perancangan Pembangunan, MBIP seperti berikut:

Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM

  • Dr. Norhidayah Binti Md.Yunus
  • Dr. Roshida Binti Abdul Majid – (Pensyarah) Penyumbang
  • En. Mohamed Rohaizad Bin Mohamed Anuar – (pelajar) (Penyunting)
  • En. Kamarul Azizi Bin Kamarul Azhan – (pelajar) (Pelukis Grafik)

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM

  • Prof. Dr. Fatin Aliah Phang – (Pensyarah) Penyumbang
  • Dr. Nina Diana Nawi- (Pensyarah) Penyumbang

Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

  • Puan Ruzanna Mohamed – (Ketua Jabatan Perancang) Penyumbang
  • En Safwan Bin Shaari – (Pegawai Perancang) Penyumbang
  • Nur Afiqah Binti Sabri – (Pegawai Perancang) Penyumbang

Untuk mendapatkan buku ini dalam bentuk ebook secara atas talian di pautan https://www.mbip.gov.my/ms/mpjbt/pusat-media/pengumuman/e-book-puteri

Pihak urus setia ingin merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini iaitu:

  1. Jabatan Perancangan Pembangunan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
  2. Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia
  3. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
  4. Pejabat Pelestarian Kampus, Universiti Teknologi Malaysia
  5. Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)
  6. Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia
  7. Kumpulan Kajian Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (LANDS)
  8. UTMGreen Environmental, Energy & Building Science Research Group (GEEBS) UTM

Explore More