Penganjuran program Hari Bersama Pelanggan 2020 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui kaedah dalam talian (online) adalah satu usaha yang kreatif dalam menarik lebih ramai pengunjung.
Untuk rekod, tahun 2020 mencatat sejarah sebagai tahun pertama universiti ini menganjurkan program ini secara dalam talian sebagai langkah pencegahan penularan wabak penyakit akibat virus Covid-19.
Salah satu program yang dijalankan secara dalam talian ialah Hari Bertemu Pelanggan 2020.
Sebanyak 12 buah jabatan dan juga Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah mengambil bahagian dalam program Hari Bertemu Pelanggan 2020 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) anjuran Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRIM) itu.
Antara jabatan yang mengambil bahagian dalam program ini adalah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Jabatan Pendaftar, Jabatan Harta Bina, Jabatan Perkhidmatan Digital UTM, Perpustakaan dan Jabatan Bendahari.
Di samping penyertaan jabatan, tiga buah Pusat Tanggungjawap juga tidak ketinggalan dalam menyertai program ini iaitu HEK, Pusat Islam dan juga QRIM.