November 22, 2024

Search
Close this search box.

Staf UTM Menyumbang ke Tabung Endowmen dan Wakaf Pendidikan

Disediakan oleh Unit Endowmen dan Wakaf UTM

Staf UTM secara sukarela telah menyumbang ke Tabung Endowmen UTM dan Wakaf Pendidikan melalui potongan gaji setiap bulan.

Jumlah sumbangan staf melalui potongan gaji bulanan bagi tempoh 2016 hingga Mac 2020 adalah lebih 2.1 juta.

Bilangan staf yang membuat potongan gaji bulanan adalah lebih 700 orang setiap tahun, dan pada bulan Mac 2020 seramai 721 orang staf telah menyumbang melalui potongan gaji bulanan dengan nilai sumbangan terendah adalah RM1 dan nilai sumbangan tertinggi adalah RM1,500 setiap bulan.

Semua sumbangan staf telah dikumpul dan dilaburkan dalam bentuk simpanan tetap yang berisiko rendah dan patuh syariah di bank tempatan.

Hibah yang diterima daripada pelaburan tersebut akan digunakan untuk membantu pelajar UTM yang kurang berkemampuan, sama ada dalam bentuk biasiswa atau bantuan kewangan untuk membeli barang keperluan harian.

Sehingga sesi akademik 2019/2020, sebanyak 723 orang pelajar UTM, program Ijazah Sarjana Muda telah dianugerahkan Biasiswa Endowmen UTM dan lebih 400 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dengan cemerlang.

Dua syarat utama dalam pemberian Biasiswa Endowmen UTM, iaitu pelajar cemerlang dalam akademik dan pelajar yang datang dari keluarga kurang berkemampuan (B40).

Budaya menyumbang dalam kalangan staf UTM semakin subur dan berkemban khususnya ketika negara sedang menghadapi pandemik COVID-19.

Tabung Khas COVID-19 UTM yang diwujudkan telah memberi peluang kepada staf UTM dan masyarakat menghulurkan derma bagi membantu penyediaan makan dan minuman pelajar UTM yang terpaksa menjalani Perintah Kawalan pergerakan (PKP) di kolej kediaman, serta keperluan petugas barisan hadapan di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur.

Sambutan daripada staf UTM adalah sangat menggalakkan di mana sehingga 8 April 2020 telah berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM255,900.00, dan daripada jumlah tersebut RM94 ribu adalah derma daripada 712 orang staf UTM.

Derma Tabung Khas COVID-19 UTM yang terkumpul telah disalurkan sama ada melalui apps UTMSMART atau pindahan wang tunai (EFT) ke akaun Universiti Teknologi Malaysia di AmBank Islamic.

Explore More