November 22, 2024

Search
Close this search box.

UTM, MDEC dan KPM Anjur Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer 2018

JOHOR BAHRU, 11 Nov. — Seramai 40 graduan yang terdiri daripada guru-guru dari sekolah-sekolah sekitar zon selatan dan Kolej Matrikulasi Johor telah diraikan dalam Majlis Graduasi Kursus Pensijilan Komputasional & Sains Komputer 2018 yang diadakan di M-Suites Hotel, Johor Bahru, baru-baru ini.

Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer 2018 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melatih guru-guru agar mahir dengan pengetahuan dan kemahiran sains komputer, termasuk kemahiran pengaturcaraan dan juga memahami dan menggunakan strategi pedagogi yang sesuai untuk pengajaran pemikiran komputasional dan sains komputer (CTCS).

Universiti Teknologi Malaysia melalui Pusat Inovasi Mahasiswa dan Ke usahawanan Teknologi (UTM XCITE) adalah pelaksana program CTCS zon selatan.

Prof Madya Dr Mohd Zaidi Abd Rozan memberi sepatah dua kata kepada para tetamu yang hadir.

Peserta program itu telah melalui latihan selama 40 jam secara “face to face” dengan Master Trainer yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UTM.

Mereka juga diberikan tugasan seperti projek pengaturcaraan (programming), menyediakan kertas cadangan bagi siasatan bilik darjah (classroom investigation) dan video laporan.

Pro-Canselor (Strategi) UTM, Prof. Dr. Shahrin Mohammad mengucapkan tahniah kepada semua graduan CTCS 2018
Salah seorang graduan menerima sijil graduasi

Majlis itu dirasmikan oleh Pro Naib Canselor (Strategi) UTM Prof. Dr. Shahrin Mohammad.

Majlis tutut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Johor, En. Ab Rahim Bin Lamin, Pengarah Kolej Matrikulasi Johor,  Tn. Haji Mohd Yusof Samad, dan Pengarah UTM XCITE, Prof. Madya Dr Mohd Zaidi Abd Rozan.

Gambar kenang kenangan oleh semua yang hadir

Prof. Dr. Shahrin Mohammad berkata “Program CTCS ini adalah satu latihan khusus kepada para guru sekolah menengah dan rendah tidak terhad kepada guru yang bertanggungjawab dalam pengajaran dan pemudahcaraan matapelajran sains komputer sahaja.

Program ini adalah selaras dengan matlamat dan keperluan IR 4.0 yang mendesak ketika ini dalam menangani permintaan kepada bidang pekerjaan masa hadapan.”

Explore More