November 17, 2024

Search
Close this search box.

MPPUTM 2018/2019 Dibubar, Pilihanraya Kampus UTM sesi 2019/2020 pada 4 Disember 2019

18 November 2019 – Pilihan Raya Kampus Universiti Teknologi Malaysia (PRK UTM) bagi sesi 2019/2020 bagi memilih barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru akan diadakan pada 4 Disember 2019 di kedua-dua kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Kampus (CEC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), saudara Muhamad Fitri bin Mazlan, sejurus selepas beliau mengumumkan pembubaran MPPUTM sesi 2018/2019 berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman berkenaan dibuat di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM dan disiarkan secara langsung melalui media sosial Facebook UTM Student Affairs.

Sebanyak 36 kerusi akan dipertandingkan meliputi kedua-dua Kampus Johor Bahru dan Kampus Kuala Lumpur. Daripada jumlah itu, sembilan daripadanya adalah Kerusi Umum manakala 27 lagi adalah Kerusi Fakulti/Sekolah.

Bagi Kerusi Umum, sebanyak tujuh kerusi akan dipertandingkan di kampus Johor Bahru manakala dua kerusi lagi di kampus Kuala Lumpur. Kerusi Fakulti/Sekolah pula menyaksikan 21 kerusi dipertandingkan di Kampus Johor Bahru dah selebihnya enam kerusi di Kampus Kuala Lumpur.

Hari Penamaan Calon pula telah ditetapkan pada 27 November 2019 dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang di mana calon yang ingin bertanding boleh membeli borang pencalonan yang akan dijual bermula dari 21 hingga 25 November ini.

Calon yang bertanding adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga dan mematuhi Kod Etika Berkempen yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga nama baik universiti pada setiap masa.

Explore More