Pada 12 November 2019 yang lalu Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) telah menganjurkan sebuah program yang bertemakan alam sekitar iaitu Program Eksplorasi Ke Penghujung Benua Asia Tenggara di Taman Rekreasi Sungai Rambah, Pontian.
Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu seramai 51 orang mahasiswa mengikuti program ini.
Aktiviti yang dijalankan adalah peserta dikehendaki mencari dan mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula di sekitar kawasan tersebut.
Selain dapat meluaskan pemandangan dan pengalaman di tempat orang serta berinteraksi dengan penduduk kampung, peserta juga telah dididik tentang kepentingan kitar semula terhadap dunia kini.
Sepanjang program ini kesungguhan dan keprihatinan peserta terhadap alam sekitar amat tinggi, di mana mereka bukan sahaja mengutip barang kitar semula di kawasan kampung tersebut malah di persisiran pantai.
Program ini telah disempurnakan oleh ADUN Pulai Sebatang, YB Taqiuddin Cheman.
Beliau telah memuji atas usaha melaksanakan program sebegini dan berharap supaya usaha ini tidak terhenti di sini sahaja untuk menjaga keindahan persekitaran di Johor khususnya dan Malaysia amnya.
Pihak SWM Sdn. Bhd juga telah memberikan ceramah tentang cara-cara mengendalikan barang-barang kitar semula serta berharap agar pihak UTM dan SWM boleh bekerjasama pada masa akan datang untuk melaksanakan program-program sebegini pada masa akan datang.
‘Bumi lestari bermula dari manusia itu sendiri’