November 25, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 27 Nov. — Sebanyak 36 kerusi akan dipertandingkan untuk direbut oleh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menempatkan diri menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar sempena berlangsungnya Pilihan Raya Kampus (PRK) menjelang 4 Disember 2019 ini bagi sesi pengajian akademik sesi 2019/2020 UTM.

Daripada jumlah tersebut sebanyak sembilan kerusi Umum dipertandingkan manakala bakinya sebanyak 27 kerusi peringkat fakulti yang dipertandingkan setakat ini.

Menariknya kali ini dan buat julung kalinya kesemua urusan PRK adalah kendalian sepenuhnya oleh pelajar yang bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya melalui sebuah jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Pilihanraya Kampus (CEC).

Pengerusinya , Fitri Mazlan Mohamad berkata peruntukan kerusi sebanyak 36 itu adalah merangkumi kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur dimana kampus induk di selatan tanahair diperuntukkan sebanyak 28 kerusi (Tujuh umum dan 21 fakulti) manakala kampus di ibu negara sebanyak lapan kerusi (Dua umum dan Enam Fakulti).

“Setiap calon yang bertanding disyaratkan untuk meletakkan wang cagaran sebanyak RM150.00 bagi kerusi umum manakala RM100.00 sahaja untuk calon kerusi fakulti.

Semua calon yang bertanding yang tidak mematuhi peraturan Pilih Raya yang telah ditetapkan oleh pihak CEC akan hilang wang cagaran yang diletakkan pada masa penamaan calon.

Kesemua cagaran akan dikembalikan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas keputusan rasmi Pilihan Raya diumumkan,” katanya lagi.

Mengulas mengenai penubuhan CEC, Fitri berkata bahawa tahun 2019 merupakan tahun pertama jawatankuasa itu diberikan tanggungjawap untuk mengendalikan PRK bagi menggantikan penglibatan pelbagai Pusat Tanggungjawap (PTJ) sebelum ini.

“Penubuhan jawatankuasa ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berhasrat ingin memperkasakan kemahiran insaniah pada setiap mahasiswa Universiti Awam (UA) di Malaysia.

Jawatankuasa ini ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 33 orang mahasiswa UTM dimana 21 orang daripadanya berada di kampus Johor Bahru manakala 12 orang lagi di kampus Kuala Lumpur.

“Keanggotaan majlis ini terdiri dari seorang Pengerusi, tiga orang Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Timbalan Setiausaha, Bendahari dan Timbalan Bendahari dan selebihnya menganggotai empat unit utama iaitu Logistik dan Teknikal, Perhubungan Awam dan Strategi, Publisiti dan Multimedia dan Dokumentasi dan Penerbitan,” katanya.

Sehingga CEC menutup pusat penamaan calon petang semalam, sebanyak tujuh buah kerusi fakulti/sekolah diisytiharkan telah dimenangi tanpa bertanding manakala empat buah kerusi diklasifikasikan sebagai kurang calon dan satu kerusi tidak direbut dan diisytiharkan kosong.

Ditanya tentang perkara ini, Fitri berkata pihak CEC akan mengaturkan satu pertemuan khas dengan para pegawai Undang-Undang UTM bagi perbincangan lanjut tentang status kerusi kosong (tidak ditandingi) dan juga bagi kerusi yang kekurangan calon.

“Ini adalah disebabkan perkara ini baru pertama kali berlaku dan pihak kami tidak menemui sebarang rujukan perundangan berkenaan dengan perkara ini. Proses pilihanraya kampus pada 4 Disember 2019 ini hanya akan menumpukan kepada pertandingan kerusi Umum sahaja,” katanya.

Sebanyak 13 buah pusat membuang undi akan disediakan di fakulti masing-masing dengan lima pusat berada di Johor Bahru manakala tiga lagi di Kuala Lumpur bagi membolehkan warga penuntut UTM membuang undi.

Fitri (kiri) bersama calon-calon yang mendaftarkan diri untuk bertanding di sesi Pilihanraya Kampus sesi 2019/2020 di Dewan Banquet, UTM Johor Bahru semalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Suasana semasa hari penamaan calon :

Explore More