November 17, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 20 Mac — Sebanyak 200 anak pokok yang diterima dari Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah ditanam di sekitar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sempena pelancaran Program myTREEvolution universiti itu.

Program ini telah dirasmikan perlancarannya oleh Pro-Canselor, YBhg. Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor di perkarangan bangunan Pejabat Harta Bina, kampus UTM Johor Bahru pada 22 Januari 2018.

Turut hadir adalah Pengarah Kerja UTM, Prof. Dr. Roslan Amirudin dan Pengarah Pusat Kelestarian UTM, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Fadhil Md. Din.

Dr. Fadhil berkata sebanyak 200 anak pokok telah ditanam di sekitar kawasan Pejabat Harta Bina, Bangunan F54, Arked Cengal, Arked Meranti dan Tasek UTM.

“Objektif aktiviti ini adalah untuk mencapai objektif UTM dalam mengimbangi pelepasan karbon yang dicatatkan berjumlah 13-15 MT CO2 setahun menerusi program off-Sett Carbon dan menggalakkan gaya hidup sihat di kampus melalui penanaman pokok dengan tagline “Plant, Conserve and Cares,”katanya.

Seramai 52 pelajar dan staf UTM telah menjadi sukarelawan dalam aktiviti tersebut dan 12 spesis pokok yang telah ditanam semasa program ini berlangsung.

Inisiatif ini adalah di bawah Matlamat Pembangunan Lestari atau ‘Sustainable Development Goal’ (SDG) no. 4,12,15 iaitu Pendidikan Berkualiti (no. 4), Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawap (Matlamat 12) dan Kehidupan di Tanah (matlamat 15).

Pro-Canselor UTM, Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor menanam sebatang pokok sebagai simbolik pelancaran program myTREEVOLUTION UTM

Explore More