November 23, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 8 Apr. — Seramai 170 orang peserta yang terdiri dari kakitangan sektor teknikal dan kejuruteraan sektor awam dan swasta telah menyertai Seminar Teknikal Kebangsaan 2019 (NATECS’19) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ni.

Seminar tersebut telah dianjurkan secara kolaborasi antara Kesatuan Kakitangan Am UTM (KKAUTM), Jawatankuasa Penolong Jurutera UTM, Bahagian Pembangunan Bakat, Pejabat Pendaftar dan juga Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).

Seminar ini menjadi satu platform yang baik bagi mempromosikan bidang TVET selain menonjolkan peranan dan fungsi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dalam memartabatkan dan memperkasakan profesion TVET.

Timbalan Pengarah 1 NATECS’19, Ts. Khairulnizam Hj. Mohamed berkata matlamat utama penganjuran program ini adalah menyerlahkan potensi diri, kepakaran dari pengalaman staf makmal dan teknikal dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan operasi.

“Program ini juga mampu untuk melahirkan modal insan yang terbilang dalam penyelidikan di universiti di Malaysia.

“Para peserta juga mampu untuk mempertingkatkan kerjaya dan profesionalisme sebagai staf makmal dan teknikal melalui perkongsian maklumat dan jaringan kepakaran antara UTM dan agensi-agensi luar yang menyertai,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembentangan kertas kerja berkaitan dengan tugas teknikal yang dijalankan adalah pembentangan kertas kerja, persembahan poster dan juga sesi pameran yang berasaskan teknologi.

NATECS’19 telah disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg. Datuk Ts. Feroz Hanif Mohamed Ahmad, Ahli Lembaga MBOT.

Explore More