Disember 22, 2024

Tahniah Faizul Nasir menang Perak di 18th World Pencak Silat Championship

Pelajar 5ETP, Teras Kecemerlangan Sukan, Muhammad Faizul M Nasir dari Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, UTM telah memenangi pingat Perak di 18th World Pencak Silat Championship yang berlangsung di OCBC Hall 1, Singapura.

Dengan dua kemenangan awal sebelum ini, Faizul telah mara ke separuh akhir untuk bertemu Jaciren Abad dari Filipina.

Kemenangan memihak kepada Faizul pada pusingan separuh akhir namun Faizul tewas dalam perlawanan sengit bertemu wakil Singapura, Muhammad Hazmi Mohd Yusli pada peringkat akhir, semalam.

Tahniah kepada Muhammad Faizul atas kejayaan meraih pingat perak ini dan mengharumkan nama Malaysia!

Explore More