MYANMAR, 19 Dis. – Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengharumkan nama Malaysia dengan meraih satu pingat emas, dua perak dan tiga gangsa dalam pelbagai acara dalam ASEAN University Games (AUG) 2018 , di sini.
Pingat tersebut telah berjaya dipungut melalui tiga acara iaitu Rowing (Women Double Scull), Rowing (Women Single Scull), Rowing (Men Coxed Eight), Rowing (Men Single Scull), Olahraga (Lelaki) dan juga Karate (Wanita).
Beregu Nurafika Nordin dari Sekolah Pendidikan dan Nur Afiqah Zamie Sumeri dari Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga beraksi cemerlang apabila menghadiahkan Malaysia pingat emas melalui acara Rowing (Women Double Scull).
Pingat perak pula disumbangkan oleh atlet olahraga dari Sekolah Pendidikan, Badrul Hisyam Abdul Manap melalui acara 4x100m dan oleh Tan Huiyi dari Fakulti Sains dalam acara Karate kategori Team KATA Female.
Nur Fatiha Che Yon Rosni dari Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Muhammad Khairuddin Azwi dari Fakulti Alam Bina dan Ukur masing-masing meraih pingat gangsa dalam acara Rowing Persendirian Wanita dan Lelaki.
Pasukan Rowing Lelaki juga tidak mengecewakan apabila memenangi pingat gangsa bagi acara Rowing (Men Coxed Eight) yang dibarisi oleh pengayuh handalan terdiri dari Muhammad Khairuddin Azwi, Ahmad Ameerulsaufee Muhamad Saad, Muhammad Zulhanif Mazlan dan Aliff Ashraff Shahurin.
Seramai 12 orang atlet dari UTM telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam lima acara iaitu Karate, Memanah, Olahraga, Perahu Naga dan Rowing di mana acara Memanah dan Perahu Naga.
Pasukan Malaysia berjaya menduduki tempat ketiga dalam jadual kutipan pingat dengan jumlah kutipan pingat sebanyak 129 keping iaitu 37 Emas, 43 Perak dan 49 Gangsa.