Perpustakaan UTM Anjur WOW Carnival Tingkat Kesedaran Membaca

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata, tabiat membaca seharusnya dijadikan amalan sepanjang hayat. Oleh itu sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi, UTM menggalas tanggungjawab dalam menyokong usaha Kementerian Pendidikan yang mensasarkan Malaysia sebagai negara paling banyak membaca pada tahun 2030.