7 Ogos 2018, Kuala Lumpur – Persidangan The Asia Pacific Student Services Association (APSSA) yang merupakan sebuah Persidangan dwitahunan, telah berlangsung selama lima hari. Persidangan ini bertujuan untuk menghimpunkan para profesional dan pemimpin pelajar untuk memperkuatkan peranan mereka dalam pendidikan tinggi dengan menyediakan pengalaman pelajar yang positif serta menyediakan platform untuk kerjasama secara global dalam bidang hal ehwal pelajar melalui penganjuran persidangan antarabangsa, program latihan, program lampiran staf dan lawatan belajar profesional melalui Institut Hal Ehwal Pelajar (ISA).