November 22, 2024

Search
Close this search box.

Lapan PTJ bersaing peringkat akhir buru AIP 2017

JOHOR BAHRU, 10 April 2018 – Lapan Pusat Tanggungjawap (PTJ) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru dan Kuala Lumpur bersaing untuk merebut Anugerah Inovasi Perkhidmatan (AIP) 2017.

PTJ berkenaan terdiri daripada kumpulan yang wakili Perpustakaan UTM (3), Fakulti Pendidikan (1), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) (1), Pejabat Pendaftar UTM KL (2) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM KL (1).

Semua PTJ berkenaan terpilih untuk bertarung di peringkat akhir selepas penyingkiran sebanyak lima yang lainnya pada peringkat saringan awal yang dijalankan oleh Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko UTM (UTM QRiM) pada awal April 2018 lalu.

Penyelaras Program, Mohamed Yusof Mohamed Rashid berkata, saringan awal telah dilakukan oleh QRiM seawal 1 April 2018 dengan meneliti dokumen yang diterima dari semua 13 PTJ yang menyertai pertandingan itu.

“Kami telah melakukan penyingkiran pada peringkat awal dengan mengeluarkan sebanyak lima kumpulan, manakala baki lapan kumpulan lagi akan bertarung dan hanya tiga pemenang sahaja akan terpilih,” katanya.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Citra Karisma 2018 yang akan berlangsung di kampus UTM Johor Bahru pada Julai 2018.

Pemenang yang berjaya menggondol AIP 2017 akan membawa pulang wang tunai RM3,000.00 manakala dua kumpulan lagi akan membawa pulang RM1,000.00 setiap satu.

Menurut Mohamed Yusoff , 2018 adalah tahun pertama bagi pengenalan AIP bagi menggantikan Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC) yang dipertandingkan sejak 2010.

“Melalui pembaharuan ini, AINC akan dimansuhkan dan digantikan dengan AIP di samping beberapa perubahan lain yang belum lagi dimuktamadkan bagi memastikan proses inovasi yang dilakukan oleh kakitangan UTM sentiasa relevan dengan kehendak semasa,” katanya.

Konvensyen AIP 2017 telah berlangsung di Dewan Konvensyen B12 Fakulti Alam Bina, UTM Johor Bahru dengan penyertaan sebanyak lima PTJ dari kampus Johor Bahru dan tiga dari Kuala Lumpur.

 

Persembahan kumpulan di hadapan panel juri di Konvensyen AIP 2017 yang berlangsung di Dewan Konvensyen Fakulti Alam Bina, UTM Johor Bahru.

 

Explore More