JOHOR BAHRU, 1 Februari 2018 – Program Karnival Senibina Landskap (LAKAR) telah berlangsung dengan jayanya pada 20 dan 21 Januari 2018 sekaligus mencapai objektif program. Program LAKAR anjuran Jabatan Senibina Landskap UTM dengan tajaan dari UTMSPACE dan kerjasama Kedutaan Besar Denmark, Kuala Lumpur. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga melebihi sasaran peserta yang telah ditetapkan dengan kehadiran peserta yang diiring oleh ibu bapa dan juga orang awam.
Aktiviti yang disusun juga telah berjaya menarik minat peserta dan pengunjung melebihi 80 orang peserta antaranya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Maahad Tahfiz Al-Iman dan IKM, Pekan, Pahang. Kegembiraan mereka adalah kejayaan buat penganjur yang telah berjaya melakar nama untuk julung kali penganjurannya.
Secara keseluruhannya, program LAKAR berjaya memberi pendedahan awal kepada peserta dan pengunjung mengenai bidang Senibina Landskap. Ini adalah berkat usaha dan komitmen yang tinggi daripada pihak jabatan, penganjur dari Persatuan Pelajar EARTH dibawah penasihatan Dr. Norliza Mohd Isa selaku Penyelaras Program dan penaja melalui koloborasi yang sangat baik. Dengan kejayaan Program LAKAR ini ia mampu untuk dilanjutkan sebagai aktiviti tahunan bagi pihak Jabatan Senibina Landskap UTM.