November 25, 2024

Search
Close this search box.

Kelab UTM Green DNA adakan demonstrasi baja kompos

JOHOR BAHRU, 27 November 2017 – Seramai lapan ahli Kelab UTM Green DNA dijemput untuk mengadakan demonstrasi membuat baja di program menanam pokok sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017 yang diadakan di Hutan Bandar, Kulai pada 18 November lalu.

Penaung Kelab UTM Green DNA Prof Madya Dr Lee Chew Tin dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, UTM.memberikan taklimat mengenai kebaikan baja kompos.

Presidennya, Mohd Suhaimi Salim berkata, mereka dijemput oleh Majlis Perbandaran Kulai untuk mengadakan demonstrasi membuat baja kompos di rumah dengan menggunakan sisa makanan, daun kering, tanah, gula perang dan Effective Microorganisms (EM).

Mohd Suhaimi menerangkan cara menghasilkan baja kompos.

“Baja kompos sangat baik kerana dapat mengurangkan sisa makanan dan menghasilkan baja organik yang bebas daripada penggunaan bahan kimia,” katanya.

Beliau berkata,  usaha perlu dilakukan untuk menerapkan ilmu membuat baja kompos kepada komuniti di sekitar Johor dan seluruh Malaysia agar dapat mempertingkatkan lagi ekonomi penduduk setempat.

Program menggalakkan penduduk menghasilkan sendiri baja kompos dapat mengurangkan pembuangan sisa makanan yang merumitkan lagi proses penyimpanan dan pemungutan bahan buangan di negara ini.

Di majlis berkenaan sebanyak 700 batang pokok ditanam bertujuan  menggalakkan persatuan, masyarakat dan individu bersama-sama dalam melestarikan hutan bandar dengan penanaman pokok dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Explore More