November 22, 2024

Search
Close this search box.

Tiga Saintis UTM sertai perbincangan meja bulat dengan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 18 Julai 2017 – Tiga saintis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyertai sesi dialog meja bulat bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Prof. Madya Dr. Mimi Haryani Hassim (tiga kanan) bersama sekumpulan saintis bermesyuarat bersama Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Prof. Datuk Dr. Halimaton Hamdan, Prof. Dato’ Ir. Dr. A. Bakar Jaafar dan Prof. Madya Dr. Mimi Haryani Hassim adalah antara 20 saintis pelbagai kepakaran yang menyertai dialog esklusif bersama Perdana Menteri bagi memberikan pandangan dan aspirasi masing-masing mengenai Transformasi Nasional 2050 atau TN50 dari sudut penyelidikan dan teknologi bagi pembangunan negara.

Prof. Madya Dr Mimi Haryani berkata, Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) sepertimana yang dikatakan oleh Perdana Menteri akan menyediakan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat.

“Perdana Menteri memberitahu revolusi ini bakal menggugat model lama perniagaan, terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang dan tanpa kad.

“Datuk Seri Najib menjelaskan lebih banyak peruncit berhadapan dengan kemungkinan menutup perniagaan mereka pada permulaan Revolusi Perindustrian Keempat ini,” katanya.

Explore More