JOHOR BAHRU, 13 Jun 2017 – Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar turun padang untuk sama-sama bergotong royong menyediakan juadah bagi berbuka puasa di Masjid Sultan Ismail UTM, pagi ini.
Naib Canselor menghabiskan masa kira-kira dua jam bersama staf Pusat Islam dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) untuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada 1,500 mahasiswa UTM yang ditaja oleh fakulti berkenaan.
Hadir sama Pengarah Pusat Islam Prof. Madya Dr Aminuddin Ruskam dan Dekan FKM, Profesor Dr Nordin Mohd Yusoff.
Kesudian Professor Wahid meluangkan masa untuk sama menyediakan makanan menjadi contoh terbaik untuk diikuti.
Setiap hari MSI UTM memerlukan perbelanjaan sebanyak RM6,000 untuk menyediakan makanan untuk berbuka dan sumbangan yang berjaya dikumpulkan sehingga hari ini berjumlah RM121,218.
MSI UTM masih memerlukan sumbangan daripada orang ramai untuk meneruskan tradisi itu.