JOHOR BAHRU, 11 Jun 2017 – Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), DYMM Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama mahasiswa di Masjid Sultan Ismail UTM Skudai, hari ini.
Ketibaan baginda disambut oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Zainuddin Abdul Manan, Pengarah Pusat Islam UTM, Prof. Madya Dr. Aminuddin Ruskam serta pegawai kanan universiti.
Kira-kira 1,900 mahasiswa dan warga kampus menghadiri majlis berbuka puasa bersama baginda yang diadakan di ruang bawah masjid.
Baginda turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan beramah mesra dengan warga UTM sebelum berangkat pulang.