November 23, 2024

Search
Close this search box.

SMK Bandar Tenggara 2 juarai Liga Robotik iCARE UTM-KEJORA 2017

JOHOR BAHRU, 23 Mei 2017 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara 2 muncul johan Robokar dan Anugerah Jurnal Terbaik dalam Kejohanan Liga Pengaturcaraan Robotik iCARE UTM-KEJORA 2017.

SMK Bandar Tenggara 2 johan Robokar dan Anugerah Jurnal Terbaik.

Bagi kategori Robokar SMK Bandar Tenggara 2 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan Anugerah Jurnal Terbaik RM200.

Tempt kedua yang menawarkan hadiah wang tunai RM800 dimenangi oleh SMK Agama Bandar Penawar diikuti Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru di tempat ketiga (RM600), manakala tempat keempat dimenangi oleh SMK Bandar Tenggara 6 (RM500) dan SMK Bandar Tenggara di tempat kelima (RM400).

Sementara itu bagi kategori Terbuka pula menyaksikan Sekolah Menengah Islam Hidayah dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM700 diikuti Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi sebagai naib johan (RM 500.00) dan SMK Bandar Tenggara di tempat ketiga (RM400.00).

Bagi kategori Kumpulan Terbaik (Robokar) telah dimenangi oleh SMK Bandar Tenggara dan  Kumpulan Terbaik (Terbuka) oleh SMK Agama Maahad Muar.

Anugerah Jurnal Terbaik (Robokar) pula dimenangi SMK Bandar Tenggara 2 dan SM Sains Kota Tinggi memenangi Jurnal Terbaik (Terbuka). SMK Tanjung Pengelih pula muncul sebagai penerima Anugerah Pilihan Juri. Semua pemenang kategori sokongan itu menerima hadiah wang tunai RM200.

Program anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) itu merupakan sesi pertandingan yang melibatkan 20 kumpulan pelajar dari 14 buah sekolah.

Pertandingan itu dianjurkan sejak dari tahun 2012 melibatkan Fakulti Komputeran, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Pusat Inovasi Pelajar (CSI) UTM.

Pertandingan itu bertujuan menguji kebolehan menyelesaikan masalah yang dibangunkan oleh pelajar sekolah melalui atur cara yang mengawal pergerakan robot atas litar.

Setiap tahun, cabaran berbeza disediakan untuk menguji daya kreativiti dan inovasi pelajar.  Kumpulan yang menjadi pemenang adalah kumpulan yang berjaya mengawal pergerakan robot atas litar dan melepasi  semua halangan dengan pantas.

Kesemua pemenang telah menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Komputeran UTM, Prof. Dr. Abd. Samad Hj Ismail dan Pengurus Besar KEJORA, Norazman Othman di Pusat Inovasi Pelajar (CSI) UTM Johor Bahru.

Explore More