November 24, 2024

Search
Close this search box.

BENGKALIS, 5 April 2017 –  Aktiviti Program Libat Sama Komuniti (MUALLAF’17) di Kampung Jangkang, Kecamatan Bantan, Kabupaten Bengkalis, Provinsi Riau sedang rancak dijalankan.

Kanak-kanak menunggu giliran untuk dikhatankan.

Antara aktiviti yang dijalankan hari ini ialah berkhatan beramai-ramai yang diadakan di Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS) di Selat Baru membabitkan 20 kanak-kanak.

Program berkhatan beramai-ramai itu dikendalikan oleh empat staf Pusat Kesihatan Mahasiswa Universiti (PKU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh Pengarahnya Dr Ismail Ahmad.

Guru-guru dan pelajar mengikuti bengkel fertigasi.
Pelajar sekolah mempelajari teknik tanaman sayur-sayuran menggunakan kaedah fertigasi.
Mahasiswa UTM mengendalikan program Eksplorasi Sains.
Pengarah Pembangunan Mahasiswa UTM Prof Madya Ahmad Khalid meninjau kerja-kerja membaiki rumah Orang asli.
Dr Ismail (Kanan) dan Dr Izat menzirahi salah seorang penduduk untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Pada masa yang sama dua kumpulan mahasiswa mengadakan program Eksplorasi Sains di Sekolah Dasar Satu, Selat Baru dan Madrasah Ibtidaiyah Negeri, di Tambak Rejo, Jangkang.

Manakala empat staf Unit Pusat Makmal Universiti  (UPMU), Kuala Lumpur meneruskan program bengkel fertigasi yang diadakan selama dua hari di Sekolah Menengah Atas (SMA) Satu, Negeri Bantan.

Pada sebelah tengah hari semua peserta MUALLAF’17 menghadiri jemputan perkahwinan Pak Camat sebelum berkunjungan ke rumah penduduk untuk menyampaikan sumbangan hamper dan mengadakan pemeriksaan kesihatan.

MUALLAF’17 disertai oleh 36 mahasiswa UTM, sembiilan penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan enam penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama 16 pelajar Politeknik Bengkalis dan 10 pelajar Sekolah Tinggi Agama Islam Bengkalis yang tinggal bersama 23 keluarga angkat.

Program anjuran UTM diadakan dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan akan dirasmikan oleh Presidennya Tan Sri Mohd Ali Rustam pada 6 April 2017.

 

Explore More