November 24, 2024

Search
Close this search box.

100 mahasiswa kunjungi ICES’17

JOHOR BAHRU, 10 April 2016 – Kira-kira 100 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menghadiri program International Construction and Engineering Summit 2017 (ICES’17) yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar.

Ir Dr Che Hasmadi menandatangani plaque perasmian. 

Program sehari itu telah dilancarkan oleh Pengarah Kanan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir. Dr. Che Hassandi Abdullah.

Turut hadir adalah Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) Fakulti Kejurueraan Awam UTM, Prof. Dr. Mohammad Ismail.

Pengarah Program Nursyamira Sahamudin berkata, terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program dua hari itu antaranya, temuduga terbuka, makan malam, pertandingan, pameran dan sesi perbincangan kerjaya dan teknikal.

“ICES’17 disertai oleh UDA Holding Berhad, Active Building, Sunway Integrated Properties Sdn. Bhd, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Persatuan Mahasiswa Pasca-Ijazah UTM (PGSS), SPC Industries Sdn. Bhd (pengilang konkrit), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Country Garden,” katanya.

Persatuan Kejuruteraan Awam (PEKA) yang mengendalikan program berkenaan turut menganjur pertandingan merekabentuk stadium untuk mahasiswa universiti dan institusi pengajian tinggi dan pertandingan Ketahanan Gempa Bumi bagi peserta kategori sekolah.

“Sebanyak lima buah universiti dan 17 buah sekolah menengah tmenyertai pertandingan tersebut dengan setiap kumpulan disertai oleh lima ahli,” katanya.

Selain itu, sesi perbincangan kerjaya diadakan dan dikendalikan oleh Ir. Mohd Isa Sulaiman daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan William Teng dari Country Garden. Manakala sesi teknikal dikendalikan oleh Ir. Zainuddin Hj. Md. Ghazali dan Dato’ Ir. Dr. Gue See Sew.

 

 

Explore More