November 26, 2024

Search
Close this search box.

Seminar Pelan Global UTM 2012-2020 (Fasa III: 2018-2020)

Seminar Pelan Global UTM 2012-2020 (Fasa III: 2018-2020) telah diadakan pada 13 Mac 2017 lalu di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTM (CICT) Pelan Global UTM 2012-2020 ini bertujuan meletakkan UTM sebagai sebuah universiti ternama yang dikenali di peringkat antarabangsa dalam aspek sumbangan ilmiah, penjanaan modal insan, impak terhadap ekonomi berasaskan inovasi Malaysia dan serantau, penonjolan pada peringkat antarabangsa serta penyerlahan jenama yang disegani.

Tujuh Bidang Tumpuan Utama (BTU) adalah Kecemerlangan Pembelajaran dan Pengajaran (BTU 1), Kecemerlangan Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan (BTU 2), Kampus Lestari, Sistem (ICT), Infrastruktur dan Libat Sama Komuniti & Jaringan Industri (BTU 3), Pengalaman Kampus Menyeluruh (BTU 4), Penyampaian Berprestasi Tinggi (BTU 5), Kelestarian Kewangan (BTU 6) dan Reputasi Global (BTU 7).

Seminar ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para peserta berkenaan strategi sektor pendidikan tinggi dari aspek yang lebih meluas dan untuk merangka strategi bagi Pelan Global UTM 2012-2020 (Fasa III: 2018-2020). Pembangunan Pelan Global Fasa III ini akan dimulakan dengan Seminar Khas ‘Transforming Malaysia Higher Education 2025 and Beyond’.

 

Explore More