November 23, 2024

Search
Close this search box.

UTM-UNSRI meterai perjanjian kerjasama

PALEMBANG, 10 Februari 2017- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sriwijaya (UNSRI) terus memperkukuhkan kerjasama dua hala apabila menandatangani memorandum perjanjian (MoA) buat kali yang ke-13.
Naib Canselor UTM berkongsi kejayaan UTM dalam Syarahan Perdana.

MoA itu ditandatangani oleh Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar dengan rakan sejawatnya Profesor Ir Dr Anis Sagaff di Dewan Graha Sriwijaya, UNSRI yang dihadiri oleh kira-kira 300 warga akademik universiti itu, hari ini.

 Perjanjian itu menunjukkan kejayaan hasil kerjasama dan hubungan erat antara kedua universiti.
Hasil kerjasama itu juga menyaksikan seramai 19 warga akademik UNSRI termasuk Rektor dan Timbalan Rektor Akademik menjadi Alumni UTM.
Profesor Wahid menyampaikan cendermata kepada Profesor Anis.

Manakala lebih 400 mahasiswa telah mengikuti program ‘inbound’ dan ‘outbound’, selain sembilan projek penyelidikan dijalankan hasil kerjasama berkenaan.

 Selepas acara menandatangani perjanjian itu Naib Canselor sudi menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk ‘Perjalananan Trasformasi UTM’, untuk berkongsi maklumat bagaimana UTM mampu berubah dengan pantas dalam masa yang singkat.
 
Delegasi dari UTM dan warga UNSRI bergambar kenangan.

Di akhir program itu, lebih banyak kerjasama antara kedua universiti telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan secepat mungkin​

Explore More