November 24, 2024

Search
Close this search box.

Pahlawan2000 atasi masalah air bersih di Kampung Rumindako Kiulu

TUARAN, 23 Januari 2017 – Penduduk di Kampung Rumindako Kiulu, Tampaluri, di daerahTuaran, Sabah menarik nafas lega apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menempatkan mesin rawatan air Pahlawan2000 di kampung berkenaan, hari ini.

Profesor Ahmad Fauzi menunjukkan mesin rawatan air yang dihasilkan oleh AMTEC UTM.

Mesin yang direka cipta oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (AMTEC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mampu menghasilkan 2,000 liter air minuman bertapis sejam.

Pengarah AMTEC, Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, Pahlawan2000 adalah antara produk terbaik pernah dihasilkan bagi menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan air bersihyang menjadi keperluan asas utama manusia.

“Sistemnya direka supaya mudah alih bagi membolehkan mesin rawatan air ini dipindahkan ke kawasan lain sekiranya berlaku bencana atau untuk kawasan yang lebih mendesak.

Datuk Madius Tangau menunjukkan tanda bagus Pahlawan2000 mampu menyelesaikan masalah air bersih.

“Sebelum ini penduduk di kampung berkenaan bergantung kepada sistem tadahan air hujan dan air bukit yang ditakung di dalam kolam khas dengan sistem penapisan air bersih yang terhad,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM berkata, Pahlawan2000 adalah produk yang dibangun menggunakan teknologi tempatan.

Penghasilan pahlawan2000 dijayakan melalui projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang bersifat people centric dan dilaksanakan berdasarkan enam pemacu perubahan (game changer) menerusi Platform Transformasi, National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Profesor Dr Ahmad Fauzi dan staf AMTEC menunjukkan air bersih yang dirawat menggunakan Pahlawan2000.
Datuk Madius Tangau menerima air yanf dirawat sebagai cenderamata.

Majlis penyerahan mesin rawatan air minuman itu yang dikomersilkan melalui syarikat  Membrane Technology (M) Sdn Bhd (MTMSB) disempurnakan oleh Menteri MOSTI, Datuk Madius Tangau.

“Pahlawan2000 adalah mesin rawatan air terbaik pernah dihasilkan oleh AMTEC bagi  menyelesaikan masalah berkaitan dengan sumber air bersih yang merupakan antara keperluan asas utama penduduk.

“Penduduk di kampung berkenaan kini dapat menikmati bekalan air bersih dan diharap dapat meningkatkan pendapatan dengan menghasilkan pelbagai produk berasaskan minuman dan makanan,” katanya.

 

Explore More