Kuala Lumpur 3 Disember 2016 : Unit Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) yang diwakili seramai 8 orang anggota Zaman Md Radzi , telah menyertai Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Keselamatan Kebakaran anjuran Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur. Pasukan UTMKL diketuai oleh Pegawai Keselamatan, Encik Khairul Zaman Mohd Radzi. Sebanyak 14 kumpulan menyertai pertandingan ini.
Ternyata pasukan UTMKL mengungguli 3 pertandingan dan muncul Johan Keseluruhan dan berjaya membawa pulang Piala Pusingan. Kategori yang dimenangi oleh UTMKL ialah :
JOHAN : Kawad Menyelamat – ‘Stretcher’
JOHAN : Kawad Hos 300 Kaki – Kering
Bagi kategori Kawad Menyelamat – ‘Fireman Lift’, Unit Keselamatan telah mendapat Naib Johan.
Dengan kemenangan ini, Unit Keselamatan UTMKL, akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2017. Tahniah dan syabas diucapkan. UTM BOLEH!