November 24, 2024

Search
Close this search box.

UTM dan Abyres bekerjasama dalam bidang Sains Data

Professor Dr abdul samad (kanan) dan
Professor Dr Abdul Samad (kanan) dan Basheer bertukar dokumen perjanjian.

JOHOR BAHRU – 29 November 2016 – Universiti  Teknologi Malaysia (UTM) dan pembekal penyelesaian terbuka Abyres Enterprise Technologies Sdn Bhd (Abyres) bekerjasama mempergiatkan aktiviti penyelidikan dalam bidang Sains Data melalui penggunaan teknologi sumber terbuka.

Dekan Fakulti Komputeran, Profesor Dr Abdul Samad Ismail berkata, bagi tujuan berkenaan Abyres bersetuju menyediakan latihan persijilan kepada mahasiswa dan staf UTM melalui program training to trainers.

“Buat permulaan Abyres akan melatih seramai 30 mahasiswa sarjana muda Fakulti Komputeran dan program berkenaan akan diperluaskan kepada mahasiswa dari bidang pengajian yang lain.

“Mahasiswa peringkat sarjana yang berminat mengikuti program ini akan ditawarkan pada semester akan datang,” katanya di majlis menandatangan memorandum perjanjian di Fakulti Komputeran, pagi ini.

Dokumen perjanjian itu ditandatangan oleh Profesor Dr Abdul Samad manakala Abyres oleh Ketua Pegawai Eksekutif Operasi, Basheer Ali Majeed.

Profesor Abdul Samad berkata, Abyres mempunyai kepakaran dalam penyelesaian sumber terbuka, big data analytics, computing cloud dan pelanggannya termasuklah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

“Pada masa ini UTM dan Abyres sedang membuat pemprofilan pekerja asing dan menjalankan kajian impak sosial seperti jenayah dan kesihatan berikutan kehadiran mereka di projek RAPID di Penggerang.

“Projek berkenaan adalah yang pertama mebabitkan kerjasama antara UTM dan Abyres yang bermula Jun 2016 dan akan tamat pada April 2017 membabitkan lebih 10 orang staf dari Fakulti Komputeran dan Fakulti Pengurusan,” katanya.

Dalam projek berkenaan Abyres bertindak sebagai pemaju dalam membina dan membekalkan papan pemuka.

 

 

Explore More