November 5, 2024

Search
Close this search box.

Tuanku Canselor: Tidak semua Yahudi itu Jahat

Rabbi Michael Lerner di pejabat Tikkun Magazine. (Kredit gambar: Laura A. Oda/Bay Area News Group)

Dalam post Facebook baru-baru ini, DYMM Permaisuri Johor merangkap Canselor UTM merayu kepada semua rakyat Malaysia agar melihat semula dan menukar persepsi bahawa semua orang Yahudi adalah tidak baik. Dalam status tersebut, Tuanku Canselor telah merujuk kepada ucapan Rabbi Michael Lerner, seorang imam Yahudi, yang telah dijemput untuk berucap pada upacara pengkebumian Muhammad Ali. Ketika muda, mereka berdua pernah dipenjarakan atas kesalahan memprotes “tanpa kekerasan” Perang Vietnam, dan berjaya mewujudkan rasa hormat antara satu sama lain disepanjang masa tersebut. Rabbi Lerner adalah editor Tikkun Magazine, sebuah majalah progresif yang menyatukan secara progresif agama Yahudi, Kristian, Islam, Hindu, Buddha, Wicca, humanis sekular, dan suara-suara agnostik / ateis untuk bercakap tentang perubahan sosial dan strategi untuk mendemokrasikan politik dan ekonomi.

Ucapan itu boleh ditonton di bawah:

Semoga menjadi panduan dan mengambil iktibar dari kata-kata Tuanku Canselor.

Transkripsi Ucapan

Saya datang ke sini bercakap sebagai wakil Amerika Yahudi untuk mengatakan bahawa Amerika Yahudi memainkan peranan yang penting dalam perpaduan perjuangan Afrika-Amerika di negara ini dan kita hari ini berdiri dan bersatu dengan masyarakat Islam di negara ini dan di seluruh dunia.

Kami tidak akan bertolak ansur dengan ahli-ahli politik atau sesiapa sahaja yang merendahkan Islam dan menyalahkan umat Islam hanya untuk kepentingan orang tertentu. Kita tahu apa rasanya dihina, kita tahu apa rasanya bila ada beberapa orang, yang bertindak menyalahi tatasusila yang disanjung tinggi – adab dan tatasusila yang dikenalpasti bernilai dan begitu bermakna kepada keseluruhan ketatasusilaan dan ini merupakan salah satu sebab di mana kita di Tikkun Magazine, iaitu sebuah majalah Yahudi Liberal Progresif dan juga sebuah majalah antara agama, menyeru Amerika Syarikat untuk bertindak terhadap kerajaan Israel yang menindas rakyat Palestin.

Kami sebagai orang Yahudi, faham bahawa komitmen kami adalah untuk memberi kesedaran bahawa Tuhan telah menjadikan semua orang adalah sama dan ini bermakna rakyat Palestin serta semua orang lain di planet ini adalah setaraf.

Saya tahu rakyat Louisville mempunyai hubungan istimewa dengan Muhammad Ali dan saya mempunyai hubungan peribadi dengan beliau di mana pada akhir tahun 60an kami berdua telah didakwa oleh kerajaan persekutuan kerana pelbagai kesalahan sebelum ini menentang perang di Vietnam.

Saya ingin mengatakan bahawa walaupun beliau disanjung sebagai juara heavyweight dunia, namun anda tahu kebenaran disebalik sanjungan kepada beliau, juara heavyweight dunia datang dan pergi, dan wira sukan juga naik dan turun tapi ada sesuatu mengenai Muhammad Ali yang berbeza, pada masa beliau diiktiraf, beliau telah menggunakan kedudukan ini untuk berjuang terhadap peperangan yang  tidak bermoral dan mengatakan, “tidak saya tidak akan pergi”.

Dan ini adalah sebab mengapa berpuluh-puluh juta rakyat Amerika yang tidak peduli tentang peninju, mengambil berat tentang Muhammad Ali kerana dia adalah seorang yang berani mengambil risiko untuk kehilangan penghormatan dan kemasyhuran yang beliau kecapi demi pegangan beliau bahawa beliau harus bercakap benar di kala orang di sekeliling beliau berkata “tidak, tidak, anda akan kehilangan kejuaraan anda”. Meskipun kejuaraan beliau telah digantung selama lima tahun beliau tetap bangkit dan bersedia mengambil risiko tersebut demi integriti yang bermoral.

Jadi saya ingin menyuarakan bagaimana harus kita menghormati Muhammad Ali? Dan jawapannya adalah dengan menjadi Muhammad Ali hari ini. Ini bermakna kita, semua orang di sini dan semua orang mendengar, terpulang mengikut keupayaan masing-masing untuk terus bercakap di atas kebenaran. Kita mesti bersuara, menolak pematuhan kepada peraturan yang menjadi permainan dunia, menentang arus.

Beritahu sebahagian kecil mereka yang menguasai sebahagian besar daripada kekayaan di negara ini, sudah tiba masanya untuk mereka berkongsi kekayaan tersebut.

Beritahu ahli-ahli politik yang menggunakan keganasan di seluruh dunia dan mendakwa berdamai dengan mereka yang ditindas.

Tiba masanya untuk mereka hentikan dron peperangan dalam setiap bentuk  peperangan, menutup pangkalan di seluruh dunia, dan membawa pulang anggota tentera.

Katakanlah kepada orang yang mencipta kegawatan, sudah tiba masanya untuk mencipta jaminan pendapatan kepada setiap orang dalam masyarakat.

Beritahu hakim untuk membebaskan ramai orang Amerika-Afrika, yang ditangkap oleh polis dan dipenjarakan oleh hakim yang bersifat perkauman, yang kebanyakannya berada di penjara hari ini atas kesalahan memiliki ganja yamg mana orang putih sentiasa terlepas dari hukuman tersebut setiap masa.

Beritahu pegawai-pegawai yang dilantik untuk memenjarakan orang-orang yang membenarkan penyeksaan dan orang-orang yang menguruskan bank-bank besar dan syarikat-syarikat pelaburan yang menyebabkan ekonomi jatuh pada tahun 2008.

Beritahu pemimpin Turki untuk berhenti membunuh orang Kurd. Beritahu Perdana Menteri Israel, Netanyahu bahawa cara untuk mendapatkan keamanan adalah menghentikan pendudukan Tebing Barat oleh Israel  dan bantu mewujudkan sebuah negara Palestin.

Beritahu presiden Amerika Syarikat yang akan datang untuk memberitahu presiden Amerika Syarikat yang akan datang bahawa dia perlu pinda perlembagaan untuk tidak mengadakan pilihan raya kebangsaan mahupun negeri yang dibiayai oleh Kongres dan badan perundangan negeri dan semua atau lain-lain sumber wang diharamkan termasuk wang daripada syarikat daripada individu atau wang lain. Jadikan ia semuanya sebagai pembiayaan awam.

Beritahu dia bahawa cara untuk mencapai keamanan tanah air adalah bukan dengan kaedah baru mendominasi, strategi menguasai dunia, atau yang lain, yang telah pernah dilakukan 10,000 tahun yang lampau. Cara untuk meraih keamanan oleh Amerika Syarikat adalah dengan menjadi sebuah negara yang terkenal sebagai sebuah negara yang paling dermawan dan prihatin dan bukannya negara yang paling berkuasa.

Dan kita boleh mulakan dengan pelan pengawasan secara global dan domestik untuk memusatkan kemiskinan, gelandangan, kelaparan, tidak mendapat pendidikan, tidak mendapat penjagaan kesihatan.

Jadi saya mahu berkongsi rangkaian progresif rohani antara agama, di spiritualprogressesive.org atau lawati dan sertai kami dalam spiritualprogressives.org.

Saya mahu menegaskan komitmen kami untuk kesejahteraan semua umat Islam di dunia ini dan juga rakyat pelbagai agama dan kaum humanis sekular juga.

Kami ingin memberi penghormatan kepada umat Islam di dunia yang sedang melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan bersama berkabung dengan di atas pemergian dan meraikan kehidupan Muhammad Ali, sebagai seorang pejuang yang hebat untuk keadilan dan keamanan.

Salam ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW semua umat manusia dan selamat sejahtera kepada kita semua.

 

Explore More