November 23, 2024

Search
Close this search box.

Malaysia – Indonesia Setuju Wujudkan Konsortium Penyelidikan Untuk Bentuk Gagasan Intelek Nusantara

18Mei – Malaysia dan Indonesia mencapai persetujuan pembentukkan Gagasan Intelek Nusantara melalui konsortium untuk Penyelidikan antara Universiti di Malaysia dan Indonesia dalam sesi bengkel yang diadakan bersempena Research Engagement Workshop yang diadakan di UTM Kuala Lumpur hari ini.

Bengkel berkenaan sepakat untuk melaksanakan empat perkara dalam masa terdekat iaitu pertama menubuhkan entiti ini secara sah dengan mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan masing-masing melalui Kementerian Pendidikan Indonesia dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia. Kedua adalah untuk mewujudkan kluster bidang kerjasama bagi membolehkan kepakaran antara universiti di Malaysia dan Indonesia digandingkan supaya lebih kukuh.

Ketiga adalah penganjuran seminar bersama bagi membolehkan hasil penerbitan penyelidik di ke dua-dua negara diterbitkan dalam jurnal tempatan contohnya untuk Jurnal Teknologi di UTM, Jurnal di Indonesia bagi membolehkan lebih ramai penyelidik di Malaysia dan Indonesia boleh menerbitkan pernerbitan mereka dalam jurnal berindex tanpa bergantung kepada pihak luar.

Manakala ketetapan ke empat adalah untuk memperkasakan pertukaran staf dan pelajar diantara Universiti kedua-dua negara demikian menurut Prof Dr Ahmad FauI Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM.

Beliau berkata demikian sebaik selesai mempengerusikan bengkel yang diadakan di sini hari ini. Majlis pembukaan bengkel ini telah diadakan pada sebelah pagi dengan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Air Marshall (Ret) Herman Prayitno, duta besar Indonesia ke Malaysia, Bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Prof dr. Ir Mohammad Nuh dan Dato’ Seri Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sejumlah 24 Universiti yang diwakili oleh rektor dan wakilnya turut hadir dalam bengkel selama sehari ini. Turut hadir adalah wakil-wakil Universiti Awam yang di Malaysia seperti UKM, UPM, UIAM dan UTM. Pada sebelah malamnya mereka akan diraikan dalam Majlis Makan Malan anjuran ALUMNI Indonesia di UTM.

Tambahnya UTM telah dipersetujui bertindak sebagai sekretariat bagi pihak Malaysia dan Institut Teknologi Sepuluh Nopember sebagai sekretariat di Indonesia.

Menurut Prof Dr. Ahmad Fauzi Ismail, objektif utama penubuhan I’M Research Consortium ini adalah untuk memperkukuh kerjasama sedia ada antara universiti di Malaysia dan Indonesia kea rah kerjasama yang lebih strategik untuk dimanfaatkan oleh kedua-dua negara.

Explore More