November 23, 2024

Search
Close this search box.

Malam Penghargaan Tahunan Akademia-Industri UTM dihadiri oleh 44 rakan industri

Kuala Lumpur, 26 Mei 2016 – Malam Penghargaan Tahunan Akademia-Industri UTM atau UTM Annual Academia-Industry Appreciation Night telah berlangsung di UTM Kuala Lumpur untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada industri yang telah banyak bekerjsama dengan universiti dalam pembangunan akademik, penyelidikan dan perkhidmatan. Majlis yang dihadiri oleh 44  rakan industri daripada pelbagai sektor antaranya SAJ Holdings Sdn. Bhd., Bioxcell Sdn Bhd., BMW Group Malaysia dan Intel Microelectronics (M) Sdn. Bhd. turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor pembangunan selaku wakil Naib Canselor, dekan, dan juga wakil fakulti.

IMG_1577Pada malam tersebut turut menyaksikan penyerahan penghargaan khas  kepada 18 rakan industri yang melibatkan 4 kategori iaitu penyelidikan  yang diberi kepada industri yang banyak menyumbang (idea, dana, kemudahan, kepakaran) dalam bidang penyelidikan, kategori akademik  diberi kepada industri yang aktif serta banyak menyumbang dalam pembangunan akademik, penyelidikan dan perkhidmatan, kategori CSR diberi kepada industri yang memberi sumbangan untuk tujuan program/aktiviti tanggungjawab sosial dan kategori alumni yang diberi kepada industri yang terdiri daripada alumni berdaftar UTM yang memberi pelbagai bentuk sumbangan untuk tujuan pembangunan pelajar, staf, pembangunan kampus.  Mereka menerima sebuah plak dan sijil penghargaan manakala 26 rakan industri yang lain turut menerima sijil penghargaan.

Senarai penuh penerima penghargaan khas adalah seperti berikut:

Kategori Penerima
Penyelidikan SAJ Holdings Sdn. Bhd.
Sime Darby Research Sdn. Bhd.
Indah Water Konsortium Sdn. Bhd
Amanoda Led Sdn Bhd
Akademik ARH Jurukur Sdn. Bhd
Starke Robotik Sdn. Bhd.
Ir Technic Sdn Bhd
Bioxcell Sdn Bhd.
JFE Engineering Corporation
KLIA Training & Research Centre Sdn Bhd
BMW Group Malaysia
Intel Microelectronics (M) Sdn. Bhd.
Johor Port Berhad
United Malayan Land Berhad
Schlumberger WTA (M) Sdn Bhd
EM Malaysia Groups Sdn Bhd.
CSR Bank Islam Malaysia Berhad
Alumni Maha Persada Capital Sdn. Bhd.


Peranan dan sumbangan industri secara bersepadu dan berterusan akan menghasilkan graduan berkualiti yang menepati dan memenuhi keperluan industri Hubungan rapat antara academia-industri  telah diterjemahkan melalui beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan oleh universiti seperti Program
CEO Faculty, pelaksanaan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) yang memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia.

Hubungan akademia-industri menyediakan asas bagi sistem inovasi yang kuat. Jalinan yang kukuh antara kedua pihak ini dapat memastikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di universiti adalah berorientasikan ke arah permintaan di pasaran dan masyarakat. Satu lagi model kerjasama strategik yang dilaksanakan oleh universiti adalah melalui projek Public-Private Research Network (PPRN) dimana  universiti membantu industri  menangani masalah dan cabaran yang dihadapi industri berdasarkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki.

Kerjasama paling ideal ialah dalam R&D dan inovasi menerusi pembiayaan pihak industri sama ada sepenuhnya atau geran tambahan. Industri juga turut menaja kerusi profesor dalam sesuatu disiplin ilmu serta memperuntukan ruang dan peluang kepada staf dan pelajar untuk program attachment sebagaimana yang dilakukan oleh Kiswire Malaysia. Selain itu, industri juga menerima manfaat dalam pengkomersilan harta intelek produk R&D dan inovasi menerusi perlesenan, komisen atau honarorium. 

IMG_1498

Universiti mendapat sokongan industri dalam usaha menjana pendapatan sendiri melalui Tabung Endowmen universiti yang akan digunakan untuk tujuan pembangunan pelajar. Selain sebagai satu strategi untuk memacu kerjasama antara dua pihak ke tahap yang lebih tinggi, UTM Annual Academia-Industry Appreciation Night juga bertujuan untuk meningkatkan tahap visibility universiti dan bagi mendapat maklumbalas atau review dari industri mengenai reputasi universiti.

Melihat kepada kepentingan hubungan universiti industri, universiti bercadang untuk menjadikan majlis ini sebagai acara utama universiti yang akan dibuat secara tahunan.

 

Explore More