November 24, 2024

Search
Close this search box.

UTM dalam kelompok 200 universiti popular di FB

JOHOR BAHRU, 8 Mei 2017 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi Universiti Awam (UA) di negara ini yang menduduki tangga teratas dalam kalangan 200 universiti di dunia yang paling popular di laman sosial Facebook (FB).

Berdasarkan kepada penarafan yang dibuat oleh UniRank pada April 2017, UTM menduduki tangga ke 159 dengan 227,306 Like dalam kalangan 7,133 FB universiti di seluruh dunia.

Universiti Harvard menduduki tempat pertama dengan 4,946,368 juta Like diikuti oleh Universiti Oxford 3,251,335 Like dan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing 2,050,087.

UniRank adalah direktori pengajian tinggi antarabangsa yang diwujudkan di Australia pada tahun 2005 dan penarafan yang dikeluarkan bertujuan menyedia indek populariti semua universiti di dunia yang mnggunakan FB sebagai platform utama media sosial.

 

Explore More