November 26, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa UTM Berjaya Kutip RM9,010.15 untuk Majlis Kanser Negara

JOHOR BAHRU, 27 April 2015 – Sebanyak RM 9,010.00 telah berjaya dikutip dan diserahkan kepada wakil Majlis Kanser Negara (MAKNA) bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-54.
Hasil kutipan itu telah diserahkan secara rasminya oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Prof. Dr. Mohd Ismail Abd. Aziz kepada wakil MAKNA, Aaron Teoh pada majlis penutup Pesta Konvokesyen ke-54 di Padang Kawad UTM.
Penasihat Program, Dr. Rabia Bakhteri berkata kutipan ini dijalankan di bawah program MAKNA Electrical Charity Event (MECE) yang berlangsung selama enam hari sepanjang Festival Konvokesyen ke-54 itu.
“Sepanjang berlangsungnya program ini yang bermula pada 22 April 2015, seramai 62 orang penuntut jurusan Kejuruteraan Elektrik telah dengan aktifnya mengutip derma di sekitar kampus Johor Bahru.
“Sebahagian dari mereka juga bertugas menjaga mesin lampu LED yang dicipta sendiri oleh mahasiswa ini bagi menarik pengunjung yang datang ke bazar Pesta Konvokesyen. Mesin yang diberikan nama ‘LED Music Synchronizer’ ini berfungsi dengan lampu-lampu hiasan LED akan menyala dan padam dengan mengikut alunan muzik yang dimainkan,” katanya.
Menurutnya lagi, sebahagian dari peserta program ini juga gigih mengutip derma di fakulti-fakulti dalam kampus bagi mendapatkan lebih dana.
Dr. Rabia juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan program serupa pada masa akan datang jika mempunyai sokongan yang cukup.
“Daripada maklumbalas yang saya terima dari wakil MAKNA, mereka amat gembira dengan penyertaan UTM dalam membantu menjana kewangan dan berharap lebih banyak lagi wakil dari IPTA amnya yang tampil dengan usaha murni ini di masa hadapan,” katanya.
 

 

IMG_5766(1)

Explore More