November 18, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor menandatangani MoU pembinaan kolej kediaman pelajar di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

Pagoh, 20 Mei 2015 – Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar menandatagani surat hasrat projek pembinaan kolej kediaman pelajar di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, hari ini.

Perjanjian itu turut ditandatangani oleh dua rakan sejawatnya dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan pemaju, Tunas Selatan Construction Sdn. Bhd.

Tunas Selatan diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Esa Mohamed manakala Kementerian Pendidikan Malaysia di wakili oleh Ketua Setiausaha II, Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Tan Sri Ramli menerima dokumen perjanjian disampiakan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Ramli Kushairi menerima dokumen perjanjian disampaikan oleh Dato’ Seri Dr Zaini.

Hadir sama di majlis berkenaan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Halim Ali, Pengerusi UTM Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Ramli Kushairi, Timbalan Naib Canselor Pembangunan, Profesor Dr Azlan Abdul Rahman dan beberapa pegawai kanan UTM.

Pembinaan kolej kediaman pelajar adalah bagi menyediakan kemudahan penginapan termasuk kediaman pensyarah yang tidak termasuk dalam perjanjian pembinaan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada tahun 2011.

Timbalan Pedana Menteri berkata, pembangunan kediaman pelajar yang direncanakan itu bakal menyediakan tempat tinggal kepada 7,000 pelajar dengan menggunakan model Public Private Partnership (PPP).

Tan Sri Halim melihat Pelan Hab Pengajian Tinggi Pagoh

 

“Tunas Selatan ConstructionSdn Bhd akan menyediakan kemudahan kolej kediaman pelajar, manakala anak syarikat universiti awam akan mengambil tanggungjawab untuk membuat pinjaman kewangan bagi membeli kolej berkenaan.

“Selain itu, dua kategori projek perumahan staf yang berharga RM200,000 ke bawah dan RM200,000 ke atas akan dibina untuk memberi peluang kepada staf memiliki rumah sendiri,” katanya.

Tan Sri Haji Muhyiddin berkata, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh merupakan sebahagian daripada komponen Bandar Universiti Pagoh yang bakal menempatkan makmal automotif termaju membabitkan kerjasama UTM dan Imperial College London.

Di samping itu, UTM Holdings Sdn Bhd akan membina makmal dan peralatan sub-critical water reactor – waste management solutions untuk kegunaan bersama UTM dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).

“Pembinaan makmal berkenaan akan menjadikan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sebagai pusat memajukan teknologi hijau yang terkemuka, sekaligus menjadikan Pagoh sebagai pusat pendidikan tinggi bertaraf dunia,” katanya.

Explore More