November 26, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar UTM Juara Pertandingan Rekaan Pelantar Minyak PETROLIDA 2015

Oil-Rig-Design-Competition-2015-1-950x634

Surabaya, 25 April 2015 –Sekumpulan Pelajar  Universiti Teknologi Malaysia (UTM)membuktikan kemampuan mereka dengan menjuarai pertandingan rekacipta pelantar minyak dalam satu pertandingan yang diadakan di Surabaya, Indonesia baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan sempena Petroleum Intergrated Day (PETROLIDA 2015) dan dianjurkan oleh Institut Sepuluh Nopember (ITS) itu telah diadakan pada 24 hingga 25 April turut mendapat sokongan meluas dari industri petroleum Indonesia.

Kumpulan pelajar yang terdiri dari Muhammad Afifuddin Ahmad Zaki, Gilang Indra Rianto, Nur Amirah Nabilah Mohd Zamri dan Nur Amirah Ambok Upek yang merupakan pelajar tahun 3 Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui (FPREE).

Gelaran juara milik mereka apabila berjaya menewaskan kumpulan-kumpulan lain yang terdiri dari pelajar Negara ASEAN dengan mempamerkan model pelantar minyak  rekaan mereka yang berkonsepkan platform pengeluaran jaket berkaki empat. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai Rp. 3 Juta sebagai juara.

Turut berkongsi kejayaan adalah penyelia projek ini, Profesor Madya Dr. Norhazilan Md Noor yang juga merupakan kordinator kursus  Struktur Lepas Pantai di FKA.

Kumpulan ini mendapat markah tertinggi dari segi persembahan, inovasi, kreativiti, perincian model, ujian beban dan elemen elemen kejuruteraan dan model ini telah direka mengikut spesifikasi sebenar sebuah pelantar minyak memperkenalkan beberapa inovasi dalam rekaan tersebut.

Inovasi yang diperkenalkan oleh kumpulan ini merasakan hasil penyelidikan berterusan dari kumpulan penyelidikan RESA yang diketuai oleh Prof Dr. Nordin Yahaya.

Explore More