November 26, 2024

Search
Close this search box.

Pasukan UTM menangi kategori Utama di ‘Cheme Car Competition’ 2015

BANGI, 11 April 2015 – Pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melakar kenangan manis apabila memenangi kategori utama dalam pertandingan ‘Cheme Car Competition’ 2015 anjuran Institut Jurutera Malaysia (IEM).
Pertandingan tersebut berlangsung selama dua hari di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DCTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 10 April 2015.
Pengiring Pasukan UTM, Muhammad Luqman Abu Bakar berkata, pasukan ‘Fast 4’ telah memenangi tempat pertama bagi kategori utama ‘Prestasi Kereta’ dan membawa pulang wang tunai RM3,000.00 serta piala pusingan.
“Kumpulan ‘H2GO’ pula berjaya memenagi kategori poster di tempat ke-8 serta membawa pulang plak,” katanya.
Pertandingan ‘Cheme Car Competition’ 2015 mempertandingkan dua kategori iaitu ‘Prestasi Kereta’ dan juga ‘Pertandingan Poster’.
Konsep pertandingan adalah peserta dikehendaki membina sebuah kereta sebesar kotak kasut serta dikuasakan oleh tindak balas kimia.
“Kemenangan diukur oleh pemarkahan kereta mana yang mampu melepasi atau berhenti hampir dengan garisan penamat dan juga kebolehan kereta untuk menolak masuk bola dalam tiang gol yang disediakan.
“Pertandingan kali ini melibatkan 2 konsep kejuruteraan yang penting iaitu daya menganggar dan juga daya impak,” katanya.

Sebanyak 56 kumpulan pelajar dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam negara di samping 1 kumpulan dari Indonesia telah menyertai pertandingan ini.

 

Pasukan UTM bergambar kenangan dengan replika cek kemenangan di pertandingan Cheme Car Competition 2015 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.
Pasukan UTM bergambar kenangan dengan replika cek kemenangan di pertandingan Cheme Car Competition 2015 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

Explore More