November 23, 2024

Search
Close this search box.

Datuk Naib Canselor UTM Menghadiri ASEAN-NICT ICT Roundtable 2015 di Bangkok Thailand

Datuk Naib Canselor dengan diiringi oleh Prof. Ir Dr. Abu Sahmah Mohd Supa’at dan Prof Dr. Sevia Mahdaliza Idrus telah menghadiri ASEAN-NICT ICT Round Table 2015 di Grande Centre point Hotel, Bangkok, Thailand. Kehadiran delegasi UTM ke perbincangan meja bulat ini adalah atas jemputan khas oleh ”The National Institute of Information And Communications Technology of Japan (NICT)”.

Persidangan mejabulat ASEAN-NICT ICT 2015 ini adalah yang kali kedua diadakan dan pertama kali disertai oleh institusi dan agensi dari Malaysia. Perbincangan meja bulat ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi NICT dan semua wakil negara anggota ASEAN, dengan Malaysia dihadiri oleh UTM dan MIMOS.

Sebanyak 10 institusi pengajian tinggi dan 10 agensi berkaitan ICT dari negaranegara ASEAN dijemput untuk menghadiri perbincangan meja bulat ini (senarai wakil institusi dan agensi dilampiran).
Antara agenda perbincangan meja bulat ini ialah pembentangan arah tuju R&D Jepun-ASEAN, mempromosi R&D ICT institusi yang dijemput (termasuk UTM), dan perbincangan strategi kolaborasi penubuhan ‘ASEAN-Japan ICT Vitual Institute’.

Begitu juga, semasa program ini berlangsung satu sesi pertukaran dokumen MOU antara UTM-NICT yang telah ditandatangani bulan Jun 2014 telah diadakan antara Datuk Naib Canselor dan Dr. Masao Sakauchi, Presiden NICT.
Merujuk kepada cadangan penubuhan ASEAN-Japan ICT Vitual Institute, semua peserta telah bersetuju untuk menyokong penubuhannya dengan memberi pandangan yang sewajarnya. Beberapa revolusi telah dihasilkan dan pengurusan NICT akan memulakan usaha penubuhan secara rasmi dengan membawa perbincangan lanjut diperingkat pengurusan agensi dan kementerian berkaitan di Jepun.

Antara hasil perbincangan lain ialah setiap negara anggota akan mencalonkan 2 ahli jawatankuasa Pemandu, masing-masing terdiri dari institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan berkaitan ICT. Setiap negara anggota akan mempunyai peluang untuk menjalankan projek penyelidikan bersama NICT dengan geran penyelidikan bernilai sehingga USD50,000.00 disediakan. Pihak NICT akan menghubungi wakil peserta yang hadir untuk pencalonan jawatankuasa Pemandu tersebut dan tindakan pelaksanaan selanjutnya.
Begitu juga melalui sesi perbincangan Datuk Naib Canselor bersama dengan para deligasi, beberapa peserta telah menyatakan minat untuk menjalankan kerjasama lanjut dengan UTM dan berhasrat untuk membuat lawatan ke UTM antaranya ialah; 1. Mrs. Woroindah Widiastuti, Senior Technology Advisor to The Minister, Ministry of Communications and Information Indonesia. 2. Prof. Dr. Reynaldo B. Vea, President, Mapua Institute of Technology (MIT), Philippines. 3. Prof. Dr. Myint Myint Sein, Pro-Rector, University Of Computer Studies, Myanmar.

Ringkasan kerjasama UTM-NICT
Kerjasama di antara UTM dengan NICT bermula apabila Lightwave Communication Research Group (LCRG) menerima lawatan dari pihak NICT yang diwakili oleh Dr Tetsuya Kawanishi, Pengarah, Lightwave Devices Laboratory, Photonic Network Research Institute, NICT, Dr. Hiroyo Ogawa, Pengerusi IEC TC103/WG5, Japan Association of Radio Industries and Businesses (ARIB) pada 1 May 2013 bersama Prof. Shozo Komaki, MJIIT UTM khususnya untuk projek berkaitan teknologi komunikasi gentian optik. Beberapa siri perbincangan teknikal telah dijalankan dan MOU UTM-NICT telah ditandatangai secara pos pada Jun 2014.
Antara projek kerjasama yang sedang dijalankan antara LCRG-UTM dan PNRI-NICT ialah dua projek penyelidikan sistem perhubungan optik; (i) Hybrid Optica-Wireless Network dan (ii) Next Generation Pasive Optical Network. MOU yang ditandatangai juga membuka peluang kepada pelajar pasca ijazah dan staf akademik UTM untuk menjalankan sangkutan penyelidikan di mana-mana makmal mereka dibawah tajaan NICT dengan beberapa syarat tertentu. Dimana, seorang pelajar PhD Fakulti Kejuruteraa Elektrik, Sdr. Neo Yun Sheng dibawah penyeliaan Prof. Sevia Mahdaliza Idrus telah dianugerahkan Internship Research Fellowship NICT dengan jumlah tajaan sebanyak 340,000 Yen untuk menjalankan sangkutan penyelidikan di Makmal Fotonik, Photonics Network Research InstituteNICT bermula 17 Jan hingga 31 Mac 2015. Begitu juga pada 15 Januari 2015, Infocomm Research Alliance UTM bersama NICT dan TM Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan ‘The 2nd International Workshop on Convergence Of Radio And Optical Technologies 2015’ di TM Convention Centre Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 86 peserta dari industri dan institusi pengajian tinggi Jepun, Thailand dan Malaysia berkaitan teknologi sistem perhubungan optik.

Explore More