16 Feb 2015 – Kelab Keluarga FKA telah menganjurkan satu program kekeluargaan, iaitu Majlis Penghargaan, Kesyukuran dan Tahlil bertempat di Fakulti Kejuruteraan Awam. Program kekeluargaan ini mendapat sumbangan dana dan pembiayaan daripada beberapa orang staf fakulti, iaitu Prof. Dr. Ramli Nazir, Prof. Dr. Osman bin Che Puan, Prof. Madya Dr. Yusuf bin Ahmad, Prof Madya Dr. Muhamad Ali Yuzir Muhammad Yuzir, En Muzaffar bin Zainal Abideen dan Dr. Nordiana binti Mashros.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab keluarga FKA, diikuti dengan ucapan Dekan FKA dan Tayangan Montaj. Majlis diteruskan lagi dengan acara tazkirah, tahlil dan bacaan doa. Program ini diakhiri dengan acara jamuan pada jam 11.00 pagi. Dalam jamuan ini, pada hadirin dijamukan dengan nasi briani, gulai kambing, ayam goreng dan sayur kobis serta karot. Majlis tersebut mendapat sambutan yang sangat baik dari kalangan masyarakat fakulti yang mana ramai staf hadir dalam program ini.
Pihak penganjur, iaitu kelab Keluarga FKA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga dan sepenuh penghargaan kepada semua penyumbang dana dan staf yang telah bertungkus-lumus membuat persediaan memasak untuk jamuan sebelum majlis dan mengemas selepas majlis selesai kira-kira jam 12.00 tengah hari.