November 22, 2024

Search
Close this search box.

Pertemuan UTM dengan Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia

Pada tanggal 22 Disember 2014, UTM menjadi universiti pertama mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia di pejabat menteri di Senayan Jakarta. Delegasi UTM diketuai oleh Yg Berbahagia Datuk Prof Ir Dr Wahid Omar (VC), dan diiringi oleh Prof Dr Hadi Nur (International Fellow), Prof Madya Dr Othman Che Puan (Student Recruitment and Admission Division) dan Prof Madya Dr Hamdan Said (International Relations).

Dalam perbincangan dua hala ini delegasi UTM telah mengusulkan satu projek institusi berimpak tinggi yang dinamakan Malaysian-Indonesia Technology Center (MALINDOTech) sebagai tanda hubungan erat dalam pelbagai bidang penyelidikan dan pendidikan yang juga akan melibatkan industri di Malaysia dan juga Indonesia.

Di Malaysia, UTM akan menerajui MALINDOTech manakala institusi pengajian tinggi lain di Malaysia akan diundang untuk menjadi rakan kongsi. Sebaliknya di negara Indonesia, MALINDOTech akan diterajui oleh Universitas Indonesia manakala universiti-universiti lain di negara berkenaan akan diundang menjadi rakan kongsi. Kertas kerja konsep ringkas mengenai MALINDOTech telah disediakan oleh Prof Dr Hadi Nur dan akan dibawa dalam mesyuarat pihak tertinggi UTM untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, delegasi UTM telah juga mengadakan pertemuan dengan Badan Pembinaan Konstruksi di Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat di Jakarta Indonesia.
Tujuan lawatan ini ialah untuk menyampaikan ucapan terima kasih di atas kepercayaan Kementerian Pekerjaan Umum (PU) ini yang telah menghantar seramai seramai 49 orang staf untuk belajar di UTM diperingkat ijazah sarjana dalam bidang Pembangunan Kontrak di Fakulti Alam Bina.

Setakat ini seramai 38 orang staff daripada PU telah mendapat ijazah sarjana di UTM. Delegasi UTM telah memberikan harapan dan menyakinkan pihak PU untuk menghantar lebih ramai pelajar dalam pelbagai bidang di UTM selain daripada bidang yang sedia ada.
UTM sentiasa bersedia untuk menawarkan program-program yang bersesuai dengan keperluan Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat di Indonesia.

Pada tanggal 23 December 2014, delegasi UTM kemudian telah mengadakan lawatan ke universiti rakan usahasama UTM iaitu Universitas Indonesia (UI) di Depok Jakarta.

Pertemuan dengan Rektor Universitas Indonesia yang baru dilantik ini diserikan dengan menandatangani pembaruan MoU. MoU yang ditandatangani ini berkuatkuasa selama lima tahun.
Perbincangan telah diadakan dengan kepimpinan UI untuk menubuhkan MALINDOTech dimana UI akan menerajui MALINDOTech yang berpusat di negara Indonesia manakala UTM akan menerajui pusat MALINDOTech di Malaysia.

Industri Malaysia di Indonesia dan Universiti-universiti lain di negara Indonesia akan diundang menjadi ahli dalam MALINDOTech yang berpusat di kampus UI manakala industri Indonesia dan universiti-universiti di Malaysia akan diundang menjadi ahli dalam MALIDOTech yang berpusat di UTM. Bersesuaian dengan tema Green Campus atau Sustainable Campus, Kampus UI dikelilingi oleh ruang pejalan kaki dan juga berbasikal.

Semasa di Indonesia delegasi UTM juga telah mengambil kesempatan untuk bertemu dan berbincang dengan alumni UTM yang berada di bandaraya Jakarta. Pertemuan singkat tetapi mesra ini membincangkan pencapaian alumni UTM dalam kerjaya masing-masing dan juga pengalaman mereka ketika belajar di UTM. Delegasi UTM menyampaikan hasrat agar alumni UTM menjadi ambassador dalam memasarkan UTM di negara Indonesia. Mereka juga diminta mendaftarkan diri dengan alumni UTM.

 

 

Explore More