Disember 19, 2024

Kejayaan Ops Pasca Banjir KPM di Kelantan, Pahang dan Perak

Semua sekolah terjejas banjir di Kelantan, Pahang dan Perak telah selesai dibersihkan dan proses P&P dapat bermula. Sesungguhnya pencapaian cemerlang ini adalah hasil komitmen semua pasukan sukarelawan dan pelbagai pihak.

Operasi pembersihan sekolah di Kelantan mengambil masa selama 18 hari, dimana kesemua 165 sekolah terjejas banjir (100%) telah selesai kerja pembersihan oleh pasukan sukarelawan. SK Tohoi dan SK Balar yang terputus hubungan, menyebabkan sukarelawan tidak dapat sampai, telah dibersihkan oleh guru-guru dan masyarakat setempat.

Sesungguhnya pencapaian ini adalah pencapaian cemerlang dan sesuatu yang diluar jangkaan.

Walau bagaimanapun masih terdapat sekolah-sekolah yang masih perlu dibersihkan, terutama bagi ruang stor, musolla, laman dan persekitaran. Namun, ini boleh dilaksanakan oleh murid dengan bantuan guru-guru.

Tumpuan awal adalah bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan secepat mungkin.

Sementara itu, di Pahang, kesemua 67 sekolah (100%) terjejas banjir telah selesai dibersihkan termasuk 7 sekolah yang selesai hari ini dan bersedia untuk sesi persekolahan esok 19/1/15. Alhamdulillah. Terima kasih kpd semua sukarelawan.

Di Perak, kesemua 7 sekolah terjejas banjir telah dibersihkan dan akan dapat digunakan utk sesi persekolahan esok 19hb Jan 2015. 7 sekolah yang terjejas di Pwerak ialah terletak di Daerah Perak Tengah iaitu: SMK Dato Maharaja Lela, SMK Lambor Kiri, SMK Sg Ranggam, SK Selat Pulau, SK Pulau Juar, SK Pulau Tiga Kiri, dan SABK Ehyak Diniah.

banjir

 

Syabas, tahniah dan terima kasih sukarelawan Maskum, Himsak, IPTA, YSS-IPG, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS, JPN, PPD, Pengetua/Guru Besar, Guru2, masyarakat setempat, NGO, pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri, warga KPM dan pihak pengurusan tertinggi KPM.

Explore More