JOHOR BAHRU, 11 September: – Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar mengetuai delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengadakan lawatan ke Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Surabaya bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin.
Lawatan itu disertai Dekan Fakulti Bioperubatan dan Kesihatan Kejuruteraan (FBME), Prof Dr Jasmy Yunus, Dekan Fakulti Komputeran Prof Dr Mohd Aizaini Maarof, Dekan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT), Sr Dr Abdul Hakim Mohammed dan Prof Madya Dr Hamdan Said dari Pejabat Antarabangsa.
Profesor Wahid menemui rakan sejawatnya Prof Dr Ir Tri Yogi membincangkan mengenai peluang kerjasama baru yang boleh diwujudkan bagi manafaat kedua belah pihak. Kerjasama antara UTM dan ITS terjalin sejak 1999 menerusi kerjasama dalam bidaang akademik, pertukaran pelajar dan staf.
Pada pertemuan itu Profesor Tri Yogi menawarkan kerjasama untuk mengadakan program “double degree” yang tak asing lagi di ITS. Manakala Profesor Wahid turut mempelawa Profesor Tri Yogi melawat UTM pada bulan November akan datang.