SKUDAI 18 OGOS 2014 : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Fakulti Pendidikan telah di sambut meriah oleh seluruh staf akademik dan staf bukan akademik Fakulti Pendidikan. Pelbagai menu telah di hidangkan seperti ketupat dan rendang, roti jala, sate, bubur pulut hitam dan lain-lain. Selain itu, marhaban dan sesi bermaafan turut di adakan semasa majlis tersebut.
Majlis juga mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada Prof Madya Aziz b Nordin yang akan bersara pada bulan ini. Dengan adanya majlis seperti ini, silaturrahim antara seluruh warga Fakulti Pendidikan dapat dieratkan.
Di harap program seperti ini di anjurkan oleh semua unit dan fakulti di UTM dan di jadikan sebagai program utama setiap tahun.
