November 24, 2024

Search
Close this search box.

NC rasmikan SUKUM 39 (1)Johor Bahru 17 Ogos 2014: Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) ke-39, yang sedang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga 23 Ogos ini membuka tirainya secara rasmi semalam.

Kejohanan disertai hampir 3,500 atlet dan pegawai sukan yang terdiri daripada kakitangan dari 20 Institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh Malaysia dan  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, di Stadium UTM, malam tadi.

Upaca perasmian dimulakan dengan lintas hormat kontijen di hadapan pentas utama yang turut disaksikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia (UM), Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan wakil-wakil dari university yang mengambil bahagian.

Perasmian kejohanan kali ini dilakukan dalam suasana yang sederhana bagi menghormati dan menunjukkan rasa simpati ke atas peristiwa yang berlaku ke atas pesawat MH370 dan MH17, namun tidak melemahkan semangat para atlit untuk merebut kejuaraan dan mengharumkan nama IPTA masing-masing.

Explore More