November 26, 2024

Search
Close this search box.

Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2014/2015

 

Universiti Teknologi Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang memohon untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia adalah berkelayakan untuk memohon Biasiswa Endowmen UTM bagi sesi akademik 2014/2015

 

1.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1 KELAYAKAN AKADEMIK

  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Gred A dalam Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum

1.2 SYARAT-SYARAT LAIN

  • Pemohon adalah yang akan memasuki tahun pertama pengajian di Universiti Teknologi Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pada sesi akademik 2014/2015
  • Calon yang berjaya adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia

2.0 NILAI BIASISWA

  • Nilai biasiswa yang ditawarkan adalah RM12,000.00 setahun

3.0 CARA MEMOHON

4.0 TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Jun 2014

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 07-5530513/07-5530185 atau emel
kepada : biasiswaendowmen@utm.my

Explore More