November 23, 2024

Search
Close this search box.

Dua kumpulan KIKUTM menang tiga anugerah di Konvensyen KIK ke-10

KOTA SAMARAHAN, 10 April – Dua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) beraksi cemerlang apabila memenangi tiga kategori anugerah dalam Konvensyen KIK peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke-10 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kumpulan Best dari Fakulti Sains telah dinobatkan sebagai Naib Johan Kategori Pengurusan dan Anugerah Inovasi Terbaik manakala Kumpulan Voltanage dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik Kategori Teknikal.

Kemenangan ini membolehkan Kumpulan Best dan Voltanage masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4,000.00, piala iringan dan juga sijil penghargaan.

Bagi Anugerah Inovasi Terbaik pula, Kumpulan Best membawa pulang piala iringan, gambar kumpulan dan juga sijil penghargaan.

UTM telah menghantar empat kumpulan yang dibiayai kos penyertaannya oleh universiti dan juga Pusat Tanggungjawap (PTJ) masing-masing sebagaimana yang telah diluluskan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

Dua kumpulan dalam kategori Pengurusan adalah Inspire dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar dan juga Kumpulan Best sementara kategori teknikal diwakili oleh Kumpulan DeDoor dan Voltanage, kedua-duanya dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

Semoga penyertaan dan kejayaan kumpulan KIK ini mampu menjadi inspirasi kepada semua kakitangan sekaligus membuktikan warga UTM mampu menyumbang secara kreatif dan inovatif untuk kemajuan universiti ini.   

Explore More